5 Cara Bagaimana Untuk Berterus-Terang Ketika Hati Telah Tawar Kepada Pasangan.

 

Setiap perhubungan pasti adanya kekurangan. Setiap perhubungan pasti ada hikmah kenapa tidak dapat diteruskan. Ketika hati telah tidak dapat merasakan cinta, ketika hati tidak dapat merasakan kasih dan sayang, anda mahu berterus terang tetapi khuatir si dia pasti terasa.

Bukan tiada inisiatif untuk memperbaiki hubungan, tetapi memang perpisahan adalah jalan terbaik untuk kalian berdua. Ramai juga mengatakan, hikmah perpisahan sebelum berkahwin, sudah pasti anda akan dapat pasangan yang terbaik.

“Sebab itu kita perlu bertunang dahulu sebelum berkahwin, kerana untuk mengenali pasangan lebih rapat. Jika terputusnya tunang, terima lah hikmah dengan hati terbuka, mungkin kerana Allah tidak mahu melihat perceraian yang akan berlaku kelak”

Jadi, apakah 5 cara-cara yang betul untuk anda berterus-terang pada pasangan ketika tawarnya hati anda kepada pasangan? Jom baca!

1. Jangan text sms, whatsapp mahu pun e-mail.

Apabila anda hendak menyatakan hasrat untuk tidak meneruskan perhubungan, seeloknya komunikasi secara bersemuka. Anda seolah-olah tidak menghormati hati dan perasaan pasangan kerana tidak mahu bertemu dengan mereka.

2. Beritahu perkara sebenar mengapa anda mahu putuskan hubungan.

Apabila anda dan si dia sudah bertemu, anda perlu merancang dan tahu perkara sebenar untuk di sampaikan. Jangan menipu si dia, kerana perkara yang tidak benar sering kali akan memakan diri. Apabila si dia mengetahui perkara sebenar daripada mulut orang lain, keberangkalian perkara lama ini akan diungkit sampai bila-bila.

3. Beritahu perancangan masa hadapan anda.

Jika isu untuk anda memutuskan hubungan dengan si dia adalah melibatkan perkahwinan, maka nyatakan hasrat anda yang sebenar, apakah perancangan anda untuk masa hadapan. Masa hadapan adalah perkara yang paling penting untuk kita tidak tersalah pilih dan menyesal di kemudian hari.

Jika si dia tidak mahu menamatkan zaman bujang dan tidak serius untuk masa hadapan, jangan lagi buang masa.

4. Jangan mengungkit kisah lama.

“Yang lepas, biar kan ia lepas”. Jangan lagi anda mahu mengungkit kisah lama, kerana ia akan memanjangkan lagi pertelingkahan antara anda berdua. Perlu perjelaskan tentang keadaan sekarang dan masa hadapan sahaja.

5. Berikan si dia masa.

Apabila, semua langkah di atas anda sudah turuti, tidak salah untuk anda memberi si dia masa untuk melupakan anda. Bukan dalam sekelip mata sahaja, kita sebagai manusia boleh berubah perasaan. Jangan di tanya lagi “Awak, dah lupakan saya?” lebih baik, ia berlalu pergi tanpa apa-apa prejudis dan persoalan.

 

 

 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,418 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen