Lima Tanda Anda Berada Dalam Satu Hubungan Yang Memendam Rasa.

 

Setiap perhubungan yang dibina sudah pasti inginkan kebahagian yang berkekalan. Jika sedang bercinta, pasti hubungan itu mahu dibina hingga ke jinjang pelamin. Begitu juga jika hubungan suami isteri, pasti inginkan hubungan hingga ke Syurga Jannah. Tapi kita tidak tahu adakah hubungan kita itu satu hubungan yang bahagia atau hubungan yang memendam rasa. Di mana kita tidak mampu untuk meluahkan apa yang kita rasa, begitu juga pasangan kita.



Ini dia lima tanda jika anda dan pasangan berada dalam hubungan yang memendam rasa.

1. Kurang berkomunikasi.

Komunikasi dalam hubungan amat penting. Dalam meluahkan rasa yang terbuku di hati, komunikasi ini amat berguna jika satu masalah timbul. Jika komunikasi ini kurang maka makin banyaklah perkara yang tersimpan di dalam hati sehingga memakan perasaan sendiri. Jadi gunakan komunikasi yang lembut dalam meluahkan rasa hati anda agar tidak berlaku pergaduhan tetapi berlaku perbincangan.

2. Terhad dengan masa.

Dalam satu hubungan ini jangan pernah menghadkan masa dalam hubungan anda dengan pasangan anda. Semakin banyak had masa yang anda letak, semakin banyak perkara yang tidak terluah dari dalam hati. Hal ini kerana, setiap perhubungan tidak perlu meletakkan had masa untuk berbicara, berjumpa, berbincang dan bergurau senda. Segala-galanya boleh berlaku dalam bila-bila masa.

3. Tidak cemburu.

Jika rasa cemburu sudah hilang, ini bermakna anda sudah terlalu banyak memendam rasa sehinggakan tidak mahu memikirkannya lagi. Ia juga seolah-olah sudah tawar hati dengan hubungan anda. Walaupun sebenarnya hubungan itu masih lagi boleh diselamatkan lagi.


4. Suka membuat perbandingan.

Jangan pernah sesekali membandingkan hubungan kita dengan hubungan orang lain. Hal ini kerana, setiap hubungan yang berlaku adalah berlainan. Kenapa? Kerana setiap orang yang mengendalikan hubungan itu berlainan. Jadi biarkan mereka dengan cara mereka dan anda dengan cara anda.

5. Rasa tidak bahagia.

Apabila sudah sampai tahap tidak bahagia ini, bermakna anda sudah terlalu banyak memendam di dalam hati. Apa yang tahu, hanya melakonkan hubungan kalian seperti biasa dan apabila sudah tidak mampu menanggung perpisahan yang terbaik. Jangan begitu, selagi anda tidak luahkan rasa hati anda, selagi itu hubungan tersebut tidak bahagia.

Ramai pasangan yang takut untuk meluahkan segala rasa di hati mereka. Hal ini berkemungkinan kerana ingin menjaga hati pasangan kita, tetapi ia membawa kepada menyakitkan hati sendiri dan pasangan. Jadi tidak salah jika meluahkan sesuatu perkara demi kebaikan dan kebahagian bersama.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,991 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen