Jadilah Wanita Limited Edition.

 

Wanita hiasan dunia;
Seindah hiasan adalah wanita solehah;
Yang akan membahagiakan;
Syurga dalam rumahtangga.



Maruah wanita sangat mahal untuk dijual beli. Jika tersalah langkah sudah menggadaikannya, bertaubatlah kepada Allah. Allah itu maha pengampun. Menutup aurat adalah salah satu cara untuk menjaga maruah. Dengan menutup aurat dengan sempurna, seseorang akan merasa malu untuk berbuat perbuatan keji dan mungkar.

Wanita diibarat seperti permata. Bukan semua orang boleh mendapatkannya. Nilainya juga tinggi. Apabila nilainya tinggi, maka orang akan menyimpan permata tersebut di tempat yang tersembunyi. Begitu jugalah dengan wanita, seorang wanita perlu menjaga auratnya daripada didedahkan kepada orang lain kecuali kepada yang selayaknya. Wanita itu terlalu ‘limited edition’ untuk dijual beli.


Seperti Ratu Elizabeth, hanya orang tertentu sahaja yang boleh bersalam dengannya. Islam terlebih dahulu mengangkat darjat wanita daripada disentuh oleh bukan mahramnya. Orang yang menjaga pergaulannya, dia juga adalah ratu. Ratu bagi suaminya.

Untuk bersalam dengan Ratu Elizabert memerlukan prosedur yang amat ketat. Sama juga dengan seorang wanita. Untuk menyentuhnya, perlu mempunyai prosedur yang tertentu. Jika seorang lelaki berjaya melalui prosedur tersebut dan dapat menawan hatinya, dialah raja bagi ratu tersebut.


Jadilah wanita yang ‘limited edition’ hanya dikhaskan untuk suami sahaja kelak. Bukan dengan mahar yang tinggi. Tetapi dengan maruah yang tinggi. Berubahlah mulai hari ini. Perubahan memerlukan pengorbanan. Tetapi, apabila sudah menjadi kebiasaan, kita akan merasai kemanisan iman.

Dengan menyediakan diri supaya menjadi orang baik, mudah-mudahan Allah memberikan juga jodoh yang baik buat wanita limited edition. Bukankah lelaki yang baik untuk wanita yang baik? Jadi, bergegaslah untuk melakukan perubahan.

Carilah orang yang boleh membimbing kita ke arah kebaikan, sentiasa bersama dengan orang yang baik, carilah ilmu dimana juga kita tinggal. Yang paling penting berdoalah agar Allah sentiasa menetapkan iman kita di jalannya serta diberikan jodoh yang diredhai Allah. Good luck!


 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,752 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen