Pengalaman Berharga Apabila Bertemu Pasangan Yang Mempunyai Tiga Karekter Ini.

 

Setiap manusia sudah tentunya mempunyai pengalaman manis dan pahit dalam hidup. Lebih terkesan apabila seseorang itu telah melukai hati kita. Apapun, berfikiran positiflah terhadap apa yang telah berlaku. Beruntung sekiranya kita dapat lalui pengalaman bersama orang yang mempunyai sifat ini dalam hidup. Antara sebabnya adalah:



1. Orang baik.

Orang kata, “budi yang baik, pasti dikenang.” Begitulah lumrah kehidupan. Yang baik itu selalu dirindui oleh kita, meskipun dia telah lama meninggalkan kita, ingatan kita terhadapnya tetap terus tersemat di hati. Orang yang mempunyai sifat yang baik memberikan kebahagiaan dalam hidup. “adanya dia, disayangi. Perginya dia diingati.”

2. Orang berperibadi buruk.

Semestinya, apabila kita telah bersama dengan orang berperibadi buruk, kita dapat sesuatu daripadanya walaupun kadang kalanya pahit bagi kita. Dengan bertemu dengan pasangan yang mempunyai peribadi yang tidak elok, kita dapat mengambil iktibar dari kehidupan dia. Jika buruk dimata kita, usahlah lakukan perbuatan tersebut kepada orang lain.

Misalnya pasangan anda pernah melukai anda ketika bersama dahulu, usahlah melakukan hal yang sama kepada orang lain kelak. Kerana anda sendiri tahu akan kepedihan apabila dikhianati bukan? Oleh itu, bersikap positiflah. Teruskan memberi yang terbaik terhadap orang lain.

3. Orang jahat.

Bersama orang jahat, memberikan pelajaran dan pengalaman kepada hidup kita. Dia memberikan impak dalam kehidupan seseorang. Apabila masih bersamanya saat ini, bimbinglah dia ke jalan yang diredhai Allah dengan cara yang berhikmah. Jika berpisah, doakan agar dia mendapat hidayah kelak.


Bagaimana keadaan sekalipun orang sekeliling kita. Baik mahupun buruk, bersikap positiflah terhadap diri sendiri. Dengan demikian akan menjadikan kita lebih bersemangat untuk hidup, menjadikan kita seorang yang pemaaf dan lebih penting Allah akan menyayangi hamba dalam keadaan begini walaupun diuji dengan kepedihan hidup.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,543 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen