Lima Kelakuan Lelaki Yang Membuat Pasangannya Tawar hati.

 

Wanita ini memang dilahirkan dengan penuh kesabaran. Setiap kesabaran yang dilakukan itu hanya untuk seseorang yang disayangi. Tetapi sabarnya ada had juga. Mungkin tidak akan meletup api kemarahannya tetapi pasti akan menjadi tawar hati. Perempuan ini apabila tawar hati lagi susah nak diubati. Jadi sebagai orang lelaki dan suami, elakkan lakukan lima perkara ini yang mampu mengubah hati pasangan anda.



1. Malas bantu melakukan kerja rumah.

Lelaki yang ringan tulang pasti akan disayang isteri. Tetapi berlainan dengan lelaki yang berat tulang dalam membantu isterinya. Apabila isteri minta tolong untuk kemas rumah pelbagai alasan yang diberikan. Alasan penat lah, tidak pandai lah dan lain-lain lagi. Jika anda penat bekerja bagaimana dengan isteri anda? Isteri anda juga bekerja. Jadi jangan terlalu pentingkan diri.

2. Panas baran.

Sikap baran ini bukan sahaja tidak disukai wanita, malah ditakuti juga oleh wanita. Kenapa? Sebab wanita paling takut dimaki, itu belum lagi jika si dia hendak memukul wanita. Pasti amat digeruni. Tindakan seorang suami yang hanya mahu menunjukkan dia paling berkuasa di dalam rumah itu adalah tidak disenangi sama sekali oleh seorang isteri. Kalau dah terlalu kerap hadap suami seperti ini, wanita ini akan tawar hati dan benci sama lelaki. Lama-kelamaan pasti boleh jadi murung.

3. Sukar meminta maaf.

Apabila buat salah ia begitu mudah, tetapi apabila memohon maaf ia begitu susah. wanita ini apabila mendengar kata maaf sudah buat hatinya lembut. Tetapi kalau setiap kali gaduh wanita dipersalahkan dan sanggup menangkan ego sendiri, ini tidak adil. Kalau sekali skala boleh lah. Kalau kerap sangat mahu ego seorang wanita pula yang keluar.


4. Suka tengking suara.

Apabila isteri lakukan kesalahan janganlah tengking dengan nada yang tinggi. Tegurlah guna nada yang lembut dan menyenangkan hati. Pasti isteri akan lebih lembut untuk menerima teguran walaupun ia pahit. Jangan guna kuasa anda untuk menengking isteri anda.

5. Peramah tidak bertempat.

Kalau nak peramah itu biarlah bertempat. Janganlah di hadapan isteri minta nombor telefon wanita lain. Jangan ringan sangat mulut untuk menghulurkan bantuan ke atas wanita lain. Habis isteri anda siapa yang nak bantu?

Sebagai seorang suami ada perlu pandai mengambil hati isteri jika anda mahu bersamanya hingga akhirnya. Tapi jika tidak mahu yang menyeksa dirinya dengan perbuatan anda. Kasihan mereka ini.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,644 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen