Kenali Empat Tanda Gadis Itu Anak Manja Emak.

 

Biasanya kita akan dengar anak lelaki sahaja yang jadi anak emak. Tapi bagaimana pula dengan anak perempuan? Tak akan tak ada yang anak emak. Mestilah ada kan, jadi bagaimana untuk kenali anak emak ini. Biasanya kelakuan mereka ini agak tersorok. Biasa lah anak perempuan kan, kalau anak lelaki mudah sikit untuk dikesannya.



Empat tanda wanita anda adalah anak emak:

1. Hari-hari mesti kena dengar suara mak.

Setiap orang pastinya sayang pada mak masing-masing, namun kebanyakannya biasa-biasa sahaja apabila berjauhan. Menelefon mak adalah wajib namun tidaklah sekerap setiap hari. Lain pula dengan perempuan anak mak ni, setiap hari pasti akan telefon dan nak bercakap dengan mak. Kadang-kadang tiada apa sangat yang nak dibualkan namun cukuplah sekadar mendengar suara maknya.

2. Manja.

Sifat manja adalah lumrah bagi seorang perempuan, tetapi anak mak ni manjanya agak berbeza. Contohnya kalau di rumah, dia selalu nak bertempek dengan maknya walaupun sudah meningkat remaja dan dewasa. Selagi dia masih belum berkahwin, selagi itulah dia akan bermanja dengan maknya seperti selalu, seperti sejak kecil. Mereka ini tidak peduli diperli adik-beradik lain kerana sifat manja yang melampau, malah berasa seronok apabila maknya juga memanjakannya lebih. Biasanya mereka ini anak bongsu.



3. Suka lelaki kasar.

Perempuan anak mak yang manja ini lebih memilih untuk mempunyai pasangan atau lelaki yang kasar. Kasar di sini bukan bermaksud dalam perlakuan dan tindakan, sebaliknya bermaksud keupayaan melindungi pasangannya. Oleh sebab si dia bersifat manja, maka sebab itulah dia memerlukan pasangan yang boleh melindungi dan kuat untuk berdamping dengannya.

4. Tidak pernah membantah.

Meskipun dia sangat manja, namun dia terlalu menghormati emaknya. Maka dia akan cuba menuruti apa sahaja permintaan ibunya sedaya mungkin, walau ada kala permintaan itu tidak disukainya, namun dia akan mencari jalan lain untuk mengelak tanpa berkata ‘tidak’ di hadapan emaknya. Sifat patuhnya itu yang menjadikan emaknya lebih suka memanjakan dia kerana sifat itu ternyata tidak sesekali memberi keburukan bagi emaknya.

Tetapi jangan risau, wanita yang manja dengan emaknya ini akan berubah bermanja dengan suaminya apabila sudah berkahwin nanti. Jadi kepada sesiapa yang suka wanita manja itu boleh dah mula mencari anak-anak emak ini. Mesti melekat sahaja dengan anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 529,161 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen