Hukum Pinangan Atas Pinangan. Hati-Hati.

 

Peminangan bermaksud menyatakan keinginan berkahwin oleh seorang lelaki kepada perempuan yang diharuskan (dibolehkan) berkahwin mengikut syarak. Setelah peminangan itu diterima dan sementara menanti masa perkahwinan, maka tempoh tersebut dikenali sebagai tempoh pertunangan.

Ini adalah tempoh untuk mengenali pasangan yang ingin dinikahi. Pada ketika ini setiap pasangan boleh menilai antara satu sama lain dengan dibatasi juga cara pergaulan mengikut syariat Islam.



Pertunangan ‘hanyalah perjanjian untuk berkahwin.’ Oleh itu, pertunangan itu boleh saja diputuskan sekiranya si dia tidak berkenan di hati pasangan. Boleh juga diteruskan untuk menjalinkan ikatan pernikahan sekiranya mereka berdua serasi bersama.

Dalam tempoh ini, berhati-hatilah agar tidak berlakunya pertindihan pinangan. Lebih-lebih lagi apabila anda seorang wanita. Ketika anda telah dipinang oleh seorang lelaki (lelaki A) dan anda terima pinangan tersebut, ini bermakna anda telah menjadi tunang lelaki A.


Haram sekiranya anda menerima pinangan orang lain (lelaki B) dalam tempoh masa pertunangan tersebut tanpa meminta izin daripada lelaki A, kecuali anda telah pun memutuskan pertunangan dengan lelaki A.

Jika situasi ini telah berlaku dan telah pun mendirikan rumah tangga, maka perkahwinan itu sah. Namun perbuatan meminang atas pinangan orang lain itu adalah berdosa.

Islam itu indah. Hukum ini dilaksanakan agar tidak terjadinya salah faham antara lelaki dan perempuan. Jika ingin menerima orang lain sebagai pasangan hidup, hendaklah wanita tersebut berbincang dengan lelaki yang dia tunang sebelum ini dengan cara yang baik. Ini bagi mengelakkan berlakunya pergaduhan besar antara kedua-dua pihak.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 374,395 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen