Yakin Allah Akan Membantu Dalam Urusan Perkahwinan Dan Setelah Itu.

 

Kebanyakkan situasi lelaki pada hari ini sangat risau tentang kehidupan setelah berkahwin. Memikirkan tanggungjawab yang bakal dipikul, dan yang lebih menjadi kebingungan adalah dalam hal kewangan setelah bernikah. Untuk mengumpulkan wang hantaran saja sudah cukup memeningkan, apatah lagi menanggung keluarga kelak dengan banyaknya komitmet yang perlu diutamakan lebih daripada diri sendiri.



Dalam hal wang hantaran, sebenarnya jika kita betul-betul niat mendirikan rumah tangga ‘kerana Allah,’ percayalah pasti Allah akan membantu dalam mempermudahkan urusan kita. Tetapi hendaklah dimulakan pertalian tersebut dengan cara yang diredhoi Allah, bukan dengan ikatan yang tidak dibenarkan syarak. Menghormati wanita sebaik mungkin, menjaga batas pergaulan dan yang paling penting menjaga hati ibu bapa sebaik mungkin.

Dengan cara tersebut, kita akan dapat lihat rezeki untuk menguruskan majlis perkahwinan berlimpah-limpah. Orang ini sponsor ini, orang itu sponsor itu. Beruntung. Tapi bukanlah tidak memerlukan usaha. Kena berusaha terlebih dahulu. “siapa yang berusaha, dia akan berjaya.” Berusahalah dengan cara yang betul. Minta pertolongan sesiapa untuk membantu hal kewangan, bekerja keras untuk mendapat wang yang halal sambil meminta pertolongan daripada Allah untuk dipermudahkan urusan melangsungkan perkahwinan. Dengan pengorbanan tersebut, anda akan lihat kepuasan setelah bersusah payah.


Jika anda risau akan pekerjaan setelah nikah kerana masih tidak mendapat pekerjaan yang tetap, yakinlah dengan janji Allah ini.

وَأَنْكِحُوا الْأَيَامَى مِنْكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِنْ يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah maha luas (rahmatnya dan limpah kurnianya), lagi Maha Mengetahui.
[An-Nur: 32]

Apabila sebuah pasangan melangsungkan perkahwinan, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka. Apapun, perlulah berusaha dengan keras setelah berkahwin. Diawal perkahwinan, sebahagian pasangan anak menempuh kesusahan terlebih dahulu. Mungkin Allah ingin mendidik pasangan tersebut agar mereka kuat menempuh ujian yang kecil tersebut, setelah itu barulah Allah gantikan kesusahan tersebut dengan kesenangan.



Bersikap positiflah apabila ditimpa kesusahan diawal perkahwinan tersebut. Bukankah Allah pernah menegaskan sebanyak dua kali dalam surah al-Insyirah, “sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”

Wacccaaa!!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 315,446 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen