Apa Nak Buat Apabila Jodoh Tak Kunjung Tiba?

 

"Bila kamu nak kahwin?"

"Eh. Dah ada orang ke anak dara ni?"

Huh. Ini antara soalan yang malas untuk dijawab apabila disoal oleh sesiapa. Apapun, cekalkan hati dan menjawab dengan tenang apabila diajukan soalan tersebut. Tunjukkan sikap yang baik kepada mereka. Kita kan dah dewasa dan matang. Tiada guna memperbesarkan hal yang kecil. Membuang masa ada. Okey, ada sebab Allah belum temukan jodoh kepada kita. Formula tersebut terdapat dalam ayat al-Quran ini.

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
[Al-Baqarah: 186]


Dalam kita memohon pertolongan kepada Allah, penuhilah segala perintahnya. Apa yang suruh, lakukan dengan sesegera mungkin. Mana mungkin Allah dapat mengabulkan doa kita tetapi kita masih berpaling dan berlengah-lengah dalam melakukkan suruhannya. Melainkan itu bentuk istidraj yang Allah berikan kepada hamba-Nya untuk menambahkan lagi dosa mereka.

Kita juga hendaklah beriman kepada Allah iaitu yakin Allah itu tuhan kita dan Dia jualah akan mengabulkan permohonan kita. Dalam masa yang sama, hendaklah kita beribadah kepada Allah dan juga meyakini akan sifat Allah yang terdapat di dalam asmaul husna.

Oleh itu, apa tunggu lagi? Jom kita segera memperbaiki diri ke arah kebaikan. Buatlah kebaikan tersebut hanya untuk Allah. Dengan demikian, Allah akan membantu kita untuk mempermudahkan segala urusan yang kita inginkan dalam hidup. Nak jodoh? Mudah-mudahan dapat pada masa yang tepat dan sesuai untuk kita nanti.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,225 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen