Tanda-Tanda Anda Mulai Merindui Ketika Kehilangan Si Dia.

 

“Pilu menyentuh hati, aku di kejutkan oleh sentuhan cinta luka” –Radhi (OAG)-


Setelah berlaku nya perpisahan antara anda dan pasangan, sama ada perceraian, putus tunang mahu pun putus cinta, anda seperti tidak boleh mengungkapkan kata-kata. Sepi. Hati kosong. Mulut berhenti berbicara.



Segala perilaku juga bagaikan tidak selari dengan pemikiran anda. Mahu lakukan sesuatu yang anda inginkan, tetapi terhasil sesuatu yang lain. Anda juga buntu. Adakah anda masih menyayangi si dia? Tetapi kalian berdua juga telah memberi kata sepakat mahu berpisah.

Setelah hari-hari berlalu, masa berjalan dengan pantas, kerja harian di lakukan dengan endah tak endah, acuh tak acuh. Anda mula menyedari bahawa hati anda masih kosong. Anda juga sedar bahawa anda memiliki segala harta, kerja mahupun keluarga. Semuanya lengkap.

Kini anda bagaikan tidak punya perasaan. Anda hidup bagaikan zombie ketika ini. Tangisan juga terhenti kerana anda tidak mempunyai jiwa. Ketika anda masih menjalinkan hubungan dengan si dia, anda begitu yakin bahawa anda tidak akan merindui si dia.



Tetapi sekarang,

Anda  seperti tercari-cari nombor telefon bimbit si dia, padahal anda telah memadam segala record dan kenangan tentang dirinya….

Anda seolah-olah tersedar daripada lamunan bahawa dia adalah insan yang sentiasa mengambil berat tentang anda…..

Anda juga tersedar, selama ini anda hanya mengabaikan perasaan si dia walaupun hati dan perasaan anda dijaga dengan penuh kasih sayang…..



Malah anda juga tersedar, anda sebenarnya merindui kehadiran si dia…..

Anda mahu kan si dia sentiasa berada di sisi…..

Kerana, ketika dan saat ini, hati anda kosong. Jiwa bagaikan mati. Hidup anda tiada lampu untuk disinari…..

Anda juga tahu, setiap apa yang berlaku tidak boleh diputarkan balik masa. Anda hidup di alam realiti, anda perlu sedar, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah.

Walaupun ketika anda terlalu merindui si dia, yang anda pasti anda hanya mampu berdoa pada Allah dan sampaikan rindu itu pada hatinya.



 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 631,801 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen