Lima Tanda Si Dia Adalah Pasangan Serasi Anda.

 

Ketika sedang menjalinkan hubungan, pasti ramai yang teragak-agak adakah anda dan pasangan mempunyai hubungan yang serasi. Keserasian antara sepasang kekasih itu mudah sahaja jika hendak dicari. Tapi itu pun, jika anda dan pasangan saling mencari kesefahaman antara satu sama lain. Cepat atau lambat keserasian itu hadir bergantung pada anda dan pasangan anda. Itu semua bergantung pada anda dan pasangan untuk mengolah perhubungan kalian. Tidak semestinya juga, jika satu perhubungan yang lama baru timbul keserasian. Ada sahaja perhubungan yang sekejap tetapi telah timbul keserasian.



Bagaimana anda tahu keserasian itu telah timbul? Cuba anda lihat jika terdapat lima tanda ini dalam perhubungan anda.

1. Berkongsi prinsip dan matlamat.

Anda dan pasangan mempunyai satu prinsip dan matlamat yang sama, di mana ingin membuat hubungan kalian berjaya hingga ke akhirnya. Jadi segala masalah yang timbul anda dan pasangan akan meneliti dan mencari salah sebelum melakukan perbincangan. Perbincangan itu mempunyai satu persetujuan bersama dan diakhiri dengan kata maaf.

2. Sentiasa memikirkan satu sama lain, walaupun tidak bersama.

Walaupun anda berjauhan antara satu sama lain, anda dan pasangan masih lagi setia dan memikirkan antara satu sama lain. Ia juga tidak menghalang anda untuk terus menunggu pasangan anda. Anda juga sentiasa berhati-hati dalam pergaulan anda, walaupun pasangan anda tidak berada di sisi anda.


3. Mempunyai hujah yang baik ketika bergaduh. 

Apabila anda dan pasangan bergaduh, kalian sentiasa mengeluarkan hujah-hujah yang baik. Di mana ia tidak menambah sakitkan hati pasangan anda. Anda dan pasangan tidak cuba untuk memanaskan keadaan, tetapi lebih memilih untuk meredakan keadaan yang panas itu.

4. Tidak merasa takut untuk meluahkan.

Setiap perkara yang anda rasa, anda tidak penah takut untuk kongsi bersama pasangan anda. Hampir keseluruhan kisah anda diketahui pasangan anda. Begitu juga pasangan anda. Kalian juga sentiasa berkongsi perkara-perkara yang mendatangkan keraguan terhadap hubungan kalian.

5. Sentiasa berkompromi demi perhubungan.

Untuk mendapatkan perhubungan yang baik, anda dan pasangan akan sentiasa mencari kata bersama demi kepentingan hubungan. Setiap perkara yang berlaku anda pasti akan meminta persetujuan pasangan. Ia akan membawa faedah yang besar kepada hubungan kalian.

Kesimpulannya, hubungan keserasian itu dibina oleh anda dan pasangan sendiri. Bukanya ia lahir setelah mengikut berapa lama hubungan kalian. Jadi mula mengenali pasangan anda agar dapat mencapai keserasian bersama.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,458 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen