Cara Menghindari Dosa Sebelum Melangkah Ke Gerbang Perkahwinan.

 

“Jadilah manusia yang lebih baik daripada semalam.” Kata-kata ini membawa maksud supaya kita perlu memperbaiki diri ke arah kebaikan sehingga kita diambil nyawa oleh Allah taala. Melakukan perubahan ini bukan sesuatu yang mudah. Tetapi apabila kebaikan sudah sebati di dalam diri, kita akan merasa sangat aman dan tenang dengan kehidupan. Untuk menghindari perkara yang tidak baik, dianjurkan agar:



1. Bertaubat kepada Allah.

Terlebih dahulu, mintalah kemaafan dan keampunan kepada Allah taala dengan memperbanyakkan istighfar dan melakukan solat sunat taubat. Lakukanlah kedua-dua ini dengan bersungguh-sungguh agar Allah mengampunkan dosa-dosa yang lalu.

2. Meminta maaf.

Sekiranya kita telah melakukan kesilapan kepada orang lain, segeralah untuk meminta maaf. Kerana dosa yang kita lakukan terhadap orang lain perlu kita sendiri yang meminta maaf. Kembalikan haknya apabila kita sudah menggunakan hak tersebut. Jika sebelum ini pernah burukkan dia di hadapan orang lain, mintalah maaf kepadanya.

3. Tidak memandang remeh dosa kecil.

Sebenarnya, yang menjadikan kita berlarutan sehingga melakukan dosa besar kerana kita sering memandang remeh kepada dosa kecil. Ini menyebabkan kita terlalu terpesona melakukan dosa kecil sehingga kita cenderung untuk melakukan dosa besar. Jadi, berhati-hati dalam hal ini.

4. Ingat mati.

Orang cerdik, adalah orang selalu mengingati mati. Kerana orang yang mengingati mati akan mempersiapkan diri dengan sebaik mungkin untuk berhadapan dengan Allah taala. Walaupun tarikh pernikahan kita telah ditetapkan, tetapi tarikh kematian kita tidak diketahui bila tibanya. Jadi, sebelum kita membuat persiapan perkahwinan, segerakan juga untuk mempersiapkan diri untuk kematian. Dengan kita banyak mengingati mati, hidup kita akan sentiasa dalam kebaikan sebab kita takut untuk melakukan dosa.


Jadi, jom sama-sama kita memperbaiki diri sambil-sambil membuat persiapan perkahwinan. Kita mahukan perkahwinan yang diberkati Allah bukan? Maka, jadikan juga kita individu yang dapat membina keluarga yang baik kelak. Tidak kira wanita mahupun lelaki, ingat mengingatilah sesama pasangan. Selamat membuat persiapan!


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 383,730 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen