5 Perkara Paling Utama Yang Lelaki Akan Lihat Pada Seorang Wanita Untuk Pertama Kali.

 

Wanita sering mempersoalkan, apa yang lelaki akan lihat pada dirinya apabila pertama kali mahu bertemu janji. Oleh kerana itu, wanita seolah-olah mahu yang terbaik untuk dirinya sehingga sanggup mengubah segala penampilan yang sedia ada.

First impression lelaki terhadap wanita sangat penting, kerana pandangan lelaki terhadap wanita berbeza daripada pandangan wanita terhadap lelaki. Tetapi adalah normal apabila kita semua suka melihat sesuatu yang cantik, kacak dan sedap mata memandang.

Jadi, apakah perkara paling utama lelaki akan lihat pada wanita untuk pertama kali bertemu janji?

1. Ketinggian dan jenis badan.

Anda perlu tahu bahawa, ketinggian dan jenis badan anda sama ada kurus atau pun berisi adalah tidak tepat seperti di dalam gambar. Sebenarnya, gambar anda atau pun diri anda jika di televisyen adalah lebih besar daripada realiti.

Kerana itu orang sering mengatakan “Eh, kenapa dalam gambar lain? Realiti lain?”

Jadi, apabila bersemuka lelaki lebih suka melihat ketinggian wanita sama ada lebih rendah atau pun tinggi daripada mereka. Lelaki yang tinggi lebih gemar wanita yang rendah sedikit daripada mereka dan sebaliknya.

2. Senyuman.

Wanita yang mempunyai jenis muka masam semula jadi, tolong lah sentiasa maniskan muka anda apabila bertemu dengan lelaki untuk pertama kali. Elakkan dahi berkerut seperti anda tidak suka pada mereka. Hati-hati!

3. Mata.

Setelah melihat secara dekat, lelaki gemar merenung mata wanita. Anda juga tahu, apabila untuk mengetahui seseorang berbohong melalui mata bukan? Mata juga memainkan peranan penting, ketika mata meliar, suka menjeling, terjegil, redup, atau sentiasa berkelip.

4. Aset.

Aset wanita menjadi tarikan utama pada lelaki. Jadi, hati-hati, jangan pula anda menggelar lelaki itu bermata rambang jika anda berpakaian yang tidak senonoh. Lelaki gemar membuat bermacam andaian hanya melihat aset anda sahaja.

5. Aksesori.

Hati-hati wahai wanita, jangan terlalu banyak memakai aksesori barang kemas atau jam yang mahal untuk memikat hati lelaki. Khuatir lelaki akan mengambil kesempatan ke atas anda. Hanya minoriti sahaja akan memandang anda memakai barangan branded atau pun tidak.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,361 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen