4 Sebab Utama Mengapa Anda Single Terlalu Lama.

 

Anda menjadi single bukan kerana terlalu bergantung harapan daripada ibu bapa, tetapi anda terlalu selesa keseorangan. Ibu bapa juga telah memberi cadangan untuk mencari calon, tetapi anda menolak dengan cara baik kerana anda takut pada komitmen.

Akhirnya anda sendiri tidak tahu, apakah punca sebenar anda terlalu selesa keseorangan. Kadang kala kesunyian, tetapi apabila anda telah leka melakukan kerja harian, anda tidak kisah dan mengabaikan perasaan sunyi itu.



Jadi, apakah 4 sebab utama anda menjadi single terlalu lama? Jom baca.

1. Menunggu seseorang yang langsung tidak bersedia memberi komitmen pada diri anda.

Seseorang yang anda tunggu itu bukan crush, si dia tahu anda amat mencintai dan menyayangi dirinya, begitu juga si dia. Si dia mengatakan tunggu sehingga dia benar-benar bersedia untuk melamar anda. Anda menunggu bertahun-tahun, dan lebih 3 tahun, tetapi tiada jawapan.

Mengapa anda masih menunggu harapan jika sudah lebih 3 tahun? Mengapa anda mahu bazirkan masa untuk insan yang merasakan anda bukan lah potensi bakal suami/isteri pada si dia?

Jika, 6 bulan pun orang tidak sanggup menunggu, ini kan pula 3 tahun.

2. Anda sememangnya tidak percaya pada cinta dan perkahwinan.

Berkemungkinan anda seorang janda/duda, atau pun anda pernah di lukakan oleh bekas kekasih sehingga hati luka berdarah tiada siapa yang tahu.

Anda perlu tahu, di dalam dunia ini, tidak semua orang memiliki sikap yang sama, mungkin anda perlu pilih jalan lain untuk mencari jodoh.



3. Anda menerima nasihat dan hanya menurut kata-kata mereka.

Anda terlalu mengikuti dan menurut sahaja nasihat daripada orang ramai. Anda tiada langsung inisiatif untuk berusaha mencari jodoh. Orang sekeliling bagaikan “Jangan terburu-buru pada perkahwinan, nanti kau menyesal”, “Tak apa single lama-lama, nanti ada la jodoh tu”. Maka anda pun seperti tunggul kayu hanya menunggu tanpa usaha.

4. Anda terlalu memilih dan cerewet pada tahap tidak masuk akal.

“Cerewet tahap dewa” rakan-rakan menggelarkan diri anda. Manakan tidak, anda terlalu perfectionist dan mahu kan pasangan sama seperti anda. Anda perlu tahu, pasangan adalah kontra daripada sikap kita sendiri.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 345,424 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen