Empat Tanda Wanita Itu Hebat Apabila…..

 

Ramai yang tahu seorang wanita itu sangat hebat dan kuat. Lagi-lagi, jika ia mampu mengalas tanggung jawab seorang ibu tunggal secara bersendirian. Itu belum lagi jika mereka ini mempunyai kerjaya tetapi masih lagi melakukan kerja-kerja rumah yang sememangnya memenatkan. Itu belum lagi yang mampu mengandungkan anak selama sembilan bulan 10 hari. Tidak hebat itu sahaja, empat perkara ini lagi hebat yang tidak pernah dibayangkan oleh seorang lelaki.



1. Bersabar disaat tertekan.

Wanita, seorang yang mampu bersabar ketika dirinya berhadapan dengan tekanan. Tidak kiralah tekanan yang datang ketika mereka ini berada di dalam rumahnya atau dalam kerjayanya. Setiap tekanan yang dihadapi mampu diharungi tanpa pasangan di sisi. Tanpa orang yang belas kasihan terhadap dirinya.

2. Tersenyum ketika menangis.

Mereka ini juga mampu tersenyum ketika menangis, walaupun mereka ini tidak mampu. Tapi tangisan dan senyuman itu bergabung, ia menjadikan wanita itu seorang yang kuat dan berani menghadapi segala-galanya.


3. Diam ketika dirinya dihina.

Tidak semua orang mampu diam apabila dirinya dihina, tapi bagi seorang wanita yang kuat. Mereka ini mampu menerima segala tomahan dan hinaan yang dilemparkan kepadanya. Meskipun hatinya terluka kerana dilukai.

4. Mempesona ketika memaafkan.

Memaafkan seseorang itu adalah perkara yang sangat mulia. Tetapi tidak semua orang mampu lakukannya. Tapi bagi seorang wanita, memaafkan kesalahan seseorang itu mampu membuat dirinya kelihatan lebih mempesonakan. Dan kemaafaan yang diberikan itu adalah yang paling ikhlas.

Jadi jangan melihat wanita itu lemah, mereka ini tidak lemah. Tetapi lebih kuat dari yang kita sangka. Setiap dugaan yang mendatang itu mempunyai satu hikmah yang besar buat seseorang. Cuma cara kita menghadapinya bagaimana pula.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 315,442 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen