6 Alasan Suami Jangan Sakiti Isteri, Kalau Tak Nak Rezeki Makin Jauh.

 

Ketahuilah para suami, membahagiakan isteri merupakan salah satu jalan pembuka rezeki dalam sesebuah rumah tangga. Saat suami melukakan dan menyakiti hati isteri sehingga membuatkan isteri menangis, ia boleh diibaratkan seperti suami menzalimi isteri. Lantas tindakan suami itu boleh memberikan enam kesan terhadap isteri sehingga membuatkan rezeki suami semakin jauh



1. Isteri rasa tidak bahagia.

Jika isteri dilukai semestinya seluruh keluarga juga akan terkena kesannya sehingga mengganggu tugasan harian seorang isteri dalam sesebuah rumah tangga. Namun apabila isteri rasa bahagia, secara tidak langsung isteri akan menjadi perangsang terbaik untuk suami mencari lebih banyak rezeki.

2. Isteri menjadi orang yang tidak bersyukur.

Melukakan hati isteri sama ada dalam bentuk ucapan ataupun tindakan boleh membuatkan isteri menjadi seorang yang tidak bersyukur. Namun jika isteri disenangi oleh suami, pasti isteri sentiasa bersyukur dan mendoakan rezeki suaminya terbuka luas kerana Allah akan mengurniakan banyak rezeki kepada mereka yang sentiasa bersyukur.



3. Isteri tidak ikhlas melayani suami.

Isteri yang dilukai tentu sahaja akan melayani suaminya tidak ikhlas kerana ia mencerminkan sikap kecewa isteri terhadap tindakan suami. Apabila kedua-duanya bersikap negatif ia akan membuatkan pintu kebaikan dan sumber rezeki tertutup. Namun jika suami melayani isteri dengan seikhlas hati dan bersyukur maka Allah akan menggandakan ganjaran rezeki yang begitu luas untuk dirinya dan keluarga.

4. Mood isteri terganggu.

Apabila suami menyakiti isteri tentu sahaja isteri akan menyimpan perasaan sedih dan kecewa sehingga boleh memburukkan mood mereka. Perasaan negatif ini akan tersimpan di dalam hati sehingga menjejaskan hubungan suami isteri dan akhirnya menyebabkan berlakunya pertengkaran.

5. Isteri tidak menyokong suami.

Jika sebelum ini isteri sentiasa memberikan sokongan kepada suami dalam apa jua perkara, namun saat isteri dilukai sokongan tersebut mulai hambar. Perkara ini akan membuatkan suami rasa hilang semangat terutama sekali apabila suami ditimpa masalah.

6. Beri kesan terhadap anak-anak.

Apabila mood isteri terganggu dan hati isteri dilukai, ia juga akan memberi kesan terhadap perkembangan anak-anak. Ini kerana anak-anak merupakan rezeki dalam rumah tangga.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 367,369 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen