Kenangan Cinta Masa Lalu Itu Mendewasakan.

 

Hampir setiap antara kita pasti pernah bercinta dan mempunyai pengalaman cinta walau sekali sama ada cinta monyet atau cinta serius. Cinta yang ketika itu kita rasa mampu membawa hingga ke jinjang pelamin seterusnya ke Jannah. Orang kata juga, cinta ini lah kita akan ingat sampai bila-bila kerana dia yang pertama hadir yang mengajar kita bahagianya satu perhubungan percintaan.



Namun ada antara kita juga yang serik untuk bercinta disebabkan pengalaman cinta lepas yang mungkin tidak seindah yang disangka, tidak tiba di garis yang ditanda, dan mungkin tidak berakhir di pelamin yang hampir dibangga. Sehinggakan ada di antara kita lebih memilih untuk hidup secara bersendirian dan tidak mahu ditemani kerana takut terluka lagi.

Sebenarnya cinta masa lalu itu tidak bersalah. Kesalahan adalah pada tanggapan yang menjadikan cinta itu buta. Orang yang menjadi hamba kepada cinta itu, walaupun masih tidak mempunyai hubungan yang sah lagi. Ada juga yang beranggapan perhubungan itu seumpama hubungan yang telah sah. Oleh itu, perasaan serik itu seharusnya tidak perlu dikekalkan dan jika ada, sampai bila?


Cinta masa lalu itu mendewasakan, bukan membutakan mata untuk memulakan buku baru. Persepsi dan penilaian pada cinta tidak seharusnya dibuat sebelum melihat keindahan yang terkandung di dalamnya. Cuba dekatkan diri anda terhadap pasangan yang sedang bercinta. Pasti mereka ini kelihatan bahagia dan sentiasa tersenyum manis. Segala-galanya boleh dilihat melalui raut wajah pasangan itu. Tapi anda? Masih mengenangkan cinta lalu.

Di samping itu juga, mereka yang bercinta ini sentiasa mendapat sokongan padu dalam segala hal dari pasangannya. Tapi anda, sentiasa menyokong diri sendiri dalam apa jua hal. Anda juga seolah-olah rasa kosong apabila ditimpa sesuatu musibah. Walaupun ia adalah hal yang kecil.

Oleh itu, jadikan pengalaman cinta masa lalu sebagai pedoman dan panduan, bukan sebagai halangan dan ketakutan kerana setiap manusia itu diciptakan berbeza beza hatinya, dan ketahuilah bahawa Allah lah yang berkuasa membolak balikkan hati. Tetapi jangan serahkan segala-galanya kepada yang maha kuasa. Tidak salah jika anda berusaha untuk mengubah hati anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 356,619 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen