"Saya Sayang Dan Selalu Patuh Pada Ibu, Tapi Tidak Suka Si Dia Yang Menjadi Pilihan Ibu.."

 

Dalam hidup, setiap daripada kita tidak dapat lari dari dan perlu berdepan dengan pilihan. Cuma, ianya berbeza apakah pilihan itu dapat memberi kebaikan, atau sebaliknya. Sebelum membuat pilihan, kita perlu memikirkan sedalam mungkin. Hal ini kerana setiap pilihan yang dilakukan itu akan memberi kesan kepada masa hadapan kita. Lagi-lagi bila ibu kita yang membuat kita memaksa memilih. Ibu adalah seorang yang sangat dihormati dan dipatuhi oleh seorang anak. Adakala, jika si anak masih belum mempunyai calon, ada ibu yang bersungguh sungguh bertanyakan hal itu dan ada yang tolong carikan dan satukan.



Hal itu mungkin dapat membuat si anak kurang selesa dan terasa seakan didesak sehinggakan calon juga dicari oleh ibu. Mungkin si anak mempunyai alasan tersendiri tentang mengapa masih belum mempunyai calon, mungkin kerana masih kecewa dan serik dengan percintaan masa lalu, mungkin juga masih mengejar kerjaya dan cita2 yang masih belum memuaskan hati dan sebagainya. Namun, calon pilihan ibu itu bagaimana orangnya? Cantikkah? Tampankah? Baik budi pekerti kah? Sesuai dengan saya atau tidak?. Pelbagai persoalan di fikiran si anak sehingga boleh menjadikan fikirannya kusut. Mana tidaknya, calon itu langsung tidak dikenali hati budinya, dirisaukan jika sifatnya sangat berlawanan dengan sifat sendiri.

Walaupun begitu, bagi seorang anak, pasti dia juga perlu menjaga hati ibunya. Ibunya itu lah kaunselor dan penasihat dari dulu sehingga kini. Mana mungkin mahu mengguris hatinya. Namun, untuk terus menerima calon itu juga bukan sesuatu yang mudah. Pelbagai perkara yang perlu dititikberatkan.


Apa yang anda boleh lakukan adalah, lakukan solat istikharah dalam menghilangkan segala kecelaruan dalam fikiran itu. Di samping itu juga, lakukan beberapa tinjauan terhadap bakal pasangan kita. Di mana, adakah si dia itu seorang mempunyai latar belakang yang baik ataupun tidak. Tidak lupa juga, cuba untuk mengenali dirinya dengan lebih dekat agar kita lebih mengenali bakal pasangan kita.

Oleh itu, berlembutlah dengan ibu anda. Yakinkan dia bahawa anda masih mencari dan buat masa ini belum masa yang sesuai. Mungkin si ibu yang mempunyai naluri halus itu memahami. Tidak semua perkara boleh diselesaikan dengan keterpaksaan, ianya memerlukan kerelaan dan keredhaan juga.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,728 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen