8 Sebab Kenapa Hidup Wanita Single Kadang Kala Membosankan.

 

Bukan menjadi satu kesalahan jika anda yang single memilih jalan untuk sentiasa keseorangan. Anda juga tidak harus menuding jari dan meletakkan kesalahan ke atas orang lain jika rakan-rakan tidak mahu meluangkan masa bersama anda.

Jadi, apakah punca sebenar yang membuatkan mereka bosan di sebalik wajah ceria si wanita yang single ini? Jom baca!



1. Sebenarnya, kadang kala anda seperti tidak tahu bahawa anda mahu meluangkan masa bersama siapa? Anda seperti buntu kerana hanya orang yang sama dapat meluangkan masa bersama anda, tetapi kadang kala mereka juga mempunyai urusan masing-masing.

Akhirnya anda hanya mampu meluangkan masa keseorangan.

2. Pada mereka yang mempunyai pekerjaan yang stabil, sudah tentu duit akan dihabiskan untuk diri sendiri mahu pun orang lain. Tetapi hati anda masih kosong dan sebenarnya anda masih berharap dapat berbelanja untuk yang tersayang.

Yang tersayang bermaksud tanpa anda sedar anda mahukan seseorang untuk di miliki iaitu TEMAN LELAKI!

3. Lalu tanpa anda sedar dan tidak pasti, sebenarnya anda mahu berkongsi kegembiraan anda dengan seseorang bernama TEMAN LELAKI.



4. Setiap malam anda juga selalu memikirkan persoalan tentang bakal suami yang akan menemani anda di sebelah. Anda sanggup menukar katil queen kepada single kerana anda tidak suka serabut memikirkan hal tentang bakal suami.

5. Anda juga kadang kala cemburu melihat pasangan yang telah berkahwin berkongsi makanan, minuman, gelak tawa mereka dan saling berpegang tangan.

6. Situasi yang paling tertekan apabila, anda seperti tiada siapa untuk mengajak bergaduh atau bergurau senda. Anda fikir mustahil untuk bermanja dengan rakan-rakan, kerana mereka pasti memikirkan anda seperti 'buang tebiat'.



7. Anda mempunyai banyak masa yang terluang, sehinggakan anda merasa bosan keseorangan. Dan tiba-tiba anda mahu meluangkan masa bersama seseorang yang bernama TEMAN LELAKI.

8. Oh, jangan lupa, hanya kucing haiwan peliharaan sahaja lah tempat anda mengadu dan bergaduh. Walaupun haiwan peliharaan tidak melawan kata, tetapi komunikasi yang hanya satu arah sahaja, tetap membosankan.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,554 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen