7 Kata-Kata Dan Cara-Cara ‘Pickup Line’ Untuk Memikat Hati Pasangan.

 

Kini, trend memikat teman lelaki mahu pun teman wanita menggunakan pickup line semakin berleluasa. Jika zaman dahulu, kaedah untuk memikat hati pasangan hanya lah dengan syair, pantun mahu pun sajak. Itu sahaja sudah cukup puitis dan romantis.

Tidak semesti hanya untuk mereka yang belum berkahwin, pada yang telah berkahwin juga amat di galakkan untuk ‘mengorat’ suami atau isteri untuk mengeratkan lagi hubungan.

Untuk memikat hati pasangan, tidak semesti hanya menggunakan pickup line, memberi kata-kata pujian juga mampu membuat dirinya tersimpul malu, jadi apakah antara kata-kata pujian atau pickup line yang anda boleh gunakan?

1. Ketika bermain game Sahibba.

Ketika anda dan pasangan bermain permainan sahibba atau menyusun huruf untuk dijadikan perkataan, anda boleh menyusun kata-kata seperti “I love you”, “sudi jadi isteri saya?”, “awak cantik hari ni” atau kata-kata romantis yang lain. Ikut sahaja daya kreativiti anda.

2. Ketika barang si dia terjatuh atau sengaja di jatuhkan.

Untuk memikat hati si dia, anda perlu bergerak spontan. Contoh situasi:

“Eh sekejap cik, awak tercicir sesuatu”

“Mana?”

“Ni, nombor telefon saya”

3. Ketika memuji penampilan si dia.

“Cantik baju, awak mesti minat warna merah jambu bukan?”

“Ini bukan merah jambu, ni pink belacan”

“merah jambu ke, pink belacan ke, awak sentiasa cantik di mata saya”

4. Ketika si dia menonton artis kegemaran di televisyen.

“Apa beza awak dengan remy ishak?”

“dia mesti la lagi handsome daripada saya”

“Tak, remy ishak milik ramai peminat perempuan dia, tapi awak milik saya seorang”

5. Ketika anda baru sahaja putus cinta.

“Sedihnya kenapa dia tinggalkan saya?”

“Jangan risau, sebab saya tak akan tinggalkan awak selamanya”

6. Ketika kereta rosak.

“Apa beza jumper kereta dengan awak?”

“Jumper kereta untuk hidup kan kereta, tapi awak boleh hidupkan hari-hari saya”

7. Ketika belajar tajwid.

 "Ikhfa' Hakiki terjadi apabila pertemuan nun sakinah yang disembunyi dan didengungkan dengan huruf istifal"

"Tetapi pertemuan awak dengan saya adalah cinta hakiki"

 


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,907 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen