'Petunjuk' Jodoh.

 

Sebenarnya, setiap orang diberikan 'petanda' bahawa dia diberikan jodoh. Bukan jodoh lagi ya. Fahami maksud penulisan ini. Samaada kita terlalu memilih atau memang belum masanya lagi Allah memberikan ruang untuk kita merasai cinta setelah nikah. Usah bersedih. Perhatikan petanda ini untuk mengenal pasti bahawa adakah anda telah diberikan petunjuk untuk mempunyai jodoh mahupun belum.



1. Perasaan cinta.

Perasaan suka dan cinta terhadap seseorang itu fitrah. Pastinya setiap manusia mempunyai seseorang yang diidamkan untuk jadikan si dia sebagai teman hidup. Sekiranya perasaan ini telah muncul, itu petanda anda telah diberikan petunjuk untuk mendapatkan jodoh. Tapi, apapun perlulah berusaha untuk mendapatkannya. Bukan menunggu sahaja. Tiada rezeki yang datang tanpa kita berusaha terlebih dahulu.



2. Diberikan calon.

Ada juga petunjuk dalam bentuk diperkenalkan seseorang kepada kita. Samaada ibu bapa, sahabat sama-sama mencarikan calon untuk kita. Terpulang kepada kita mahu mengambilnya mahupun tidak. Kerana perasaan suka itu terletak kepada kita. Jika suka, teruskan usaha untuk mendapatkannya. Jika tidak, berusaha dengan cara lain pula.



3. Datang meminang.

Seorang lelaki datang meminang seorang wanita. Itu adalah petunjuk kepada seorang wanita iaitu sebenarnya dia telah diberikan jalan untuk mendapatkan jodoh. Ya. Terpulang kepada kita mahu mengambil mahupun menolak pinangan tersebut.



Konklusinya, sebenarnya semua orang diberikan petunjuk untuk diberikan jodoh. Cuma kita perlu melakukan istikarah, berbincang dengan keluarga dan membuat pilihan yang tepat. Apapun, dinasihatkan agar tidak terlalu memilih. Kita sendiri mempunyai kekurangan, oleh itu terima juga kekurangan daripada seseorang agar dalam membina rumah tangga kelak, setiap pasangan dapat saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Apapun, pilih yang baik dan taat kepada agama.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 490,791 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen