6 Situasi Ini Mampu Lunturkan Kasih Sayang Antara Suami Isteri.

 

Pasangan mana yang tidak mahu dihargai, dibelai, disayangi dan dihormati? Sebagai dua individu yang saling mencintai dan pernah melafazkan ikrar cinta bersama, pastinya anda inginkan perkahwinan yang bahagia hingga ke akhir hayat. Namun, mengapa perasaan sayang yang pernah dulu kuat ini makin luntur? Situasi sebeginilah yang menyebabkannya.



1. Anggap isteri pembantu rumah.

Ramai para suami beranggapan kerja-kerja di rumah adalah tanggungjawab isteri seratus-peratus. Walhal dalam Islam sendiri tiada hukum yang menyatakan ia tugas wajib seorang isteri. Justeru, kepada para suami, bantulah isteri anda menguruskan hal rumah bersama. Nescaya, alam rumahtangga anda lebih bermakna.

2. Lupa tarikh penting.

Tunjukkan keprihatinan anda dengan mengingati tarikh-tarikh penting seperti ulangtahun perkahwinan atau hari lahir pasangan. Lakukan kejutan pada hari berkenaan agar pasangan rasa dihargai. Tidak perlu barangan yang mahal. Sepotong kek, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah cukup membuatkan hati pasangan rasa terharu.



3. Tak pernah bawa isteri berehat.

Tidak dinafikan terdapat sebilangan suami yang merasakan berjauhan daripada isteri adalah satu kebebasan. Buang perasaan itu kerana anda kini adalah ketua keluarga dan tugas anda adalah membimbing isteri dan anak-anak. Rasai pengalaman bercuti bersama isteri dan anak-anak. Bukan sahaja isteri rasa dihargai, bahkan anak-anak turut berasa gembira. Bukankah itu yang anda mahukan? Sebuah keluarga bahagia.

4. Berat mulut beri pujian kepada suami.

Jangan lokek katakan suami anda kelihatan segak bergaya atau pandai memasak. Pujian penting bagi menaikkan semangat mereka. Elakkan membandingkan suami anda dengan suami jiran atau kawan-kawan. Ini hanya akan membuatkan suasana menjadi lebih tegang dan membawa kepada pergaduhan.



5. Enggan terima dan bertukar pandangan.

Jadilah pendengar yang setia. Sedia terima pandangan pasangan jika ia boleh membawa kepada kebahagiaan. Sebagai contoh, suami boleh meminta pandangan daripada isteri berkaitan kerjaya atau masalahnya di pejabat. Dalam masa sama, isteri pasti teruja untuk mengetahui perkembangan kerjaya suaminya dan dapat mengenali rakan-rakan sepejabat secara tidak langsung.

6. Ketepikan keluarga mertua.

Banyak pergaduhan berlaku kerana anda sering mengenepikan keluarga pasangan. Elakkan situasi ini daripada terus berlaku kerana ia boleh mejadi barah dalam perkahwinan anda. Berbincanglah secara baik dan tidak mengikut emosi. Emosi hanya akan membunuh suasana harmoni antara anda berdua.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 446,632 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen