Jadikan Perkahwinan Sebagai Motivasi Untuk Menjadi Lebih Baik.

 

Ramai di kalangan kita ingin mendirikan rumah tangga, tapi lingkah laku dan ibadah masih belum sempurna. Malah dijadikan perkahwinan sekadar untuk berseronok atau hanya mengikut kata ibu bapa sahaja. Perkahwinan begini tidak menjadikan dia lebih baik dari sebelumnya. Alangkah ruginya kita apabila berada dalam keadaan begini.



Jadikan perkahwinan sebagai motivasi untuk menjadikan diri seorang yang lebih baik. Jika sebelum ini kita banyak dilalaikan dengan perkara sia-sia, ada baiknya kita berniat untuk berubah ke arah kebaikan demi masa ke semasa sebelum kita naik ke jenjang pelamin. Melakukan perubahan itu susah, tapi apabila sudah sebati di dalam diri, kita akan terasa kemanisan iman. Rasa syok untuk melakukan ibadah.

Abaikan kata-kata yang menjatuhkan kita. Jadilah orang yang mempunyai prinsip hidup, bukan berubah hanya semata kerana calon pasangan. Tetapi kita berubah kerana Allah. Pastinya, apabila kita berubah kerana Allah, Allah akan membantu kita dalam mendatangkan kita orang yang baik sebagai sahabat, dia memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Terasa wang sedikit, tapi cukup untuk hidup. Bukankah itu satu nikmat?


Dalam melakukan perubahan, usah tergesa-gesa melakukan perubahan secara mendadak. Mulakan dahulu dari perkara asas dan wajib. Misalnya menunaikan solat dengan sempurna lima waktu sehari semalam. Jika puasa Ramadan tidak mencukupi sebelum ini, kita gantikan dahulu. Seterusnya barulah melakukan perkara-perkara sunat. Contohnya memperbaiki bacaan al-Quran supaya lancar dan mengikut tajwid yang betul, melakukan solat sunat dan sebagainya.

Apabila sudah dilakukan perkara tersebut. Teruskan istiqomah melakukan hal tersebut. Disarankan, lebih baik melakukan sedikit, tapi berteruskan. Daripada melakukan banyak perkara sunat, tapi lama kelamaan kita tinggalkan. Kerana Allah itu suka akan hamba-Nya yang istiqomah dalam melakukan kebaikan.

Pilih salah satu perkara sunat yang anda suka lakukan. Contohnya membaca al-Quran. Tetapkan masa untuk membaca al-Quran setiap hari. Dilakukan selepas solat Maghrib, sebanyak 1 halaman. Jadi, anda perlu buat setiap hari, jika tidak dapat dilakukan pada hari-hari tertentu, tentukan masa yang lain misalnya keesokan pagi setelah Subuh dan sebagai denda tambah 1 halaman al-Quran. Tidak lakukan denda pun tidak mengapa.

Jika anda mempunyai sahabat atau calon pasangan yang boleh memberikan motivasi untuk melakukan kebaikan, seringlah mendapatkan pandangan daripada mereka apabila mempunyai kemusykilan. Ajak mereka sekali untuk melakukan perubahan sebagai motivasi buat kita supaya sama-sama bersemangat melakukan kebaikan.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 397,859 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen