Lima Punca Lelaki Yang Baik Masih Lagi ‘Single’.

 

Selalunya kita terlalu kisah mengapa seorang wanita yang baik itu masih tidak mempunyai teman atau pasangan. Tetapi bagaimana dengan lelaki yang baik? Kebanyakan mereka juga masih tidak mempunyai teman atau pasangan yang setia dengan mereka. mereka ini biasanya sangat setia akan hubungan cinta. Tapi ada juga yang masih belum bersedia untuk hidup berpasangan. Namun, terdapat lima punca mengapa seseorang lelaki yang baik itu masih ‘single’.



1. Masih mengenang cinta lama.

Kebanyakan mereka ini masih mengenangkan cinta lama mereka yang tidak menjadi. Kiranya masih belum move on dari cinta lama lah. Ada juga yang berharap jika kekasih lama mereka itu kembali semula kepada mereka. Kerana terlalu lama menunggu, mereka terlupa mencari pengganti.

2. Takut terluka.

Ada juga di antara mereka ini takut terluka. Pasti mereka sering mendengar kisah cinta rakan-rakan mereka. Itu yang tidak sanggup terluka. Bagi mereka lebih baik menjadi single daripada dilukai beribu kali.


3. Ragu-ragu.

Mereka ini masih ragu-ragu akan perasaannya terhadap seseorang wanita yang diminatinya. Maksudnya macam tidak berani nak luahkan rasa cinta di dalam hatinya. Tapi masih melihat wanita yang mereka suka dari jauh. Cuma tidak berani untuk mendekatinya walaupun tahu wanita itu tidak mempunyai kekasih hati.

4. Tiada keyakinan.

Ramai di antara mereka ini tidak mempunyai keyakinan terhadap diri mereka. Bagi mereka kekurangan dari rupa paras, pekerjaan dan kewangan menyebabkan mereka ini tidak mendekati seorang wanita. Tapi apabila mereka mendekati wanita itu ketika mempunyai segala-galanya, mereka akan setia dengan wanita itu.

5. Percaya kepada jodoh.

Ada sahaja yang percaya jodoh akan datang dengan sendirinya tanpa perlu dicari dan usaha. Mereka hanya sentiasa berdoa kepada Allah agar diberikan jodoh yang baik untuk dirinya. Jadi mereka hanya menunggu sahaja jodoh yang akan datang kepada mereka.

Sebenarnya, mereka ini cuma menunggu masa yang tepat untuk meragut hati-hati wanita yang diidamkan. Apabila mereka sudah menerima cinta dari wanita itu, pasti mereka akan menjaga hati pasangannya itu dengan sebaik mungkin. Kalau boleh sekali pun tidak akan dilukai.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 598,857 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen