5 Tanda Anda Trauma Untuk Bercinta.

 

Mereka yang pernah menjalinkan hubungan cinta bertahun-tahun, dan kemudian kecundang di tengah jalan akan merasakan serik untuk bercinta. Mereka seperti tiada inisiatif dan ikhtiar untuk mencari pengganti, malah mereka rela keseorangan.

Adakah mereka ini trauma untuk bercinta lagi? Jom baca, bagaimana untuk mengetahui seseorang itu trauma untuk bercinta?



1. Perasaan curiga yang melampau dan tidak mempercayai insan lain secara 100%.

Anda masih digaburi dengan hubungan masa silam yang penuh dengan keganasan, deraan secara fizikal, kewangan anda di salah gunakan malah di tipu secara terang-terangan, membuatkan anda sukar untuk mempercayai insan baru.

2. Sentiasa terkenang kisah silam.

Apabila anda mempunyai hubungan masa silam yang tidak seindah seperti Cinderella, anda seperti berhalusinasi inginkan hidup di alam fantasi. Kerana realiti anda begitu menyakitkan hati dan mengecewakan. Anda sanggup bermimpi daripada menghadapi dunia realiti.

3. Terlalu meratap bekas kekasih.

Setelah berlakunya perpisahan antara anda dengan bekas kekasih, setiap malam anda meratapi pemergian si dia. Setiap hari dan setiap saat air mata anda mengalir untuk di si dia. Anda juga seolah-olah berkabung dan mogok untuk tidak keluar daripada rumah dan mahu bersendirian.



4. Sering menyalahkan diri sendiri.

Wanita sering menyalahkan diri sendiri, tetapi lelaki lebih cenderung untuk menyalahkan pihak lain. Wanita akan berfikir, mengapa dia tidak boleh jadi yang terbaik untuk pasangan, tetapi lelaki lebih cenderung memikirkan apakah kesalahan wanita tersebut tanpa memikir kesalahan sendiri.

5. Berat badan naik atau turun secara drastik.

Apa yang berlaku setelah anda putus cinta? Anda lebih suka menyendiri atau meluangkan masa dengan makanan? Ketika ini, anda akan tiada selera untuk menjamah makanan kegemaran atau sebahagian daripada anda secara tiba-tiba menjamah makanan yang mereka sendiri tidak pernah rasa.

Malah anda sering pergi ke hospital kerana masalah kesihatan. Kesihatan anda tidak terjaga setelah putusnya hubungan, anda sering mengalami migrain dan tekanan darah yang tinggi.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 615,602 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen