Elakkan Tiga Gaya Percakapan Ini Ketika Bergaduh Bersama Pasangan.

 

Dalam perhubungan pasti akan ada satu saat kita bergaduh dengan pasangan kita. Mungkin anda atau pasangan tidak berada dalam keadaan mood yang baik, menyebabkan punca pergaduhan itu berlaku. Tidak pun anda dan pasangan tidak menjumpai kata sefahaman hingga menyebabkan pergaduhan. Tapi itu tidak membuat anda dan pasangan hilang rasa hormat antara satu sama lain. Cuma mungkin layanan agak dingin pada ketika itu. Dalam kemarahan anda itu jangan pula gaya percakapan anda turut berubah sehingga menyebabkan pergaduhan panjang.



1. Jangan meninggi suara.

Apabila hubungan sedikit retak akibat tidak persefahaman, jangan cuba untuk menambah rasa panas perhubungan itu lagi. Kalau boleh elakkan untuk meninggi suara walaupun anda rasa ingin menjerit kepada pasangan anda. Kenapa jangan meninggi suara? Hal ini kerana, suara yang agak sedikit tinggi nadanya akan membuatkan pasangan anda sakit telinga sehingga mampu menaikkan kemarahan buat kali kedua.

2. Jangan memaki hamun.

Kata-kata yang keluar ketika maki hamun sudah tidak elok. Ini kan pula anda lontarkan kata-kata itu kepada pasangan anda. Pasti ia seumpama mencurah minyak ke dalam api. Pasti pasangan anda akan membuak-buak kemarahannya. Jadi cuba elakkan untuk memaki hamun pasangan anda. Nak maki hamun pun, maki dalam hati aje. Tidak lah pasangan kita tahu dan pergaduhan bertambah panjang.


3. Jangan menyindir.

Penggunaan kata-kata menyindir ini memang lah seakan halus, tetapi ia cukup pedas apabila didengari. Jadi apabila kita menyindir pasangan kita mengenai hal-hal dalam pergaduhan, ia cuma akan menambah kemarahan pasangan kita. Mungkin bagi anda ia adalah sekadar mengingatkan kesilapan dalam pergaduhan yang telah dilakukan tetapi ia hanya akan membuat pergaduhan bertambah teruk.

Jadi jika anda dan pasangan terlibat dalam pergaduhan, lebih elok jika masing-masing membawa diri dan memberi ruang untuk berfikir. Selagi kemarahan dalam hati belum reda jangan cuba untuk bercakap dengan pasangan anda. Tidak punya hanya diam sahaja apabila pasangan anda cuba berkata-kata.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,954 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen