5 Jenis Kecurangan Di Dalam Perhubungan.

 

Di dalam perhubungan, kita sering kali di tipu oleh seseorang, tetapi apa yang kita kurang pasti adalah jenis-jenis penipuan atau kecurangan yang dilakukan oleh pasangan. Dan kita sendiri ragu-ragu sama ada pasangan bercakap benar atau tidak benar.

Jadi, jom kita ketahui apakah jenis kecurangan yang sering terjadi, kita bakal saksikan.



1. Secara emosi.

Penipuan secara emosi melibatkan hati dan perasaan. Kita akan merasakan pedihnya hati apabila mendapat tahu pasangan tidak jujur. Seperti dalam situasi ini, pasangan mempunyai teman baik perempuan yang baru dikenali, dan mengenalkan diri mereka pada anda.

Dan mereka mula meluangkan masa dengan teman baik tersebut, malah memberitahu anda bahawa mereka lah teman baik yang sentiasa memahami hati dan perasaannya.

2. Secara Fizikal.

Daripada pergerakan pasangan, anda sudah mula mengesyaki bahawa si dia tidak jujur pada anda. Pada yang telah berkahwin, pasangan berkemungkinan pulang ke rumah lewat malam, pasangan memakai minyak wangi berlebihan, pasangan mula berhias untuk orang ramai katanya, jadi hati-hati! Malah, kad kredit mereka terdapat barangan yang dibeli, tetapi tidak pula di beri kepada anda.



3. Secara jangka masa yang pendek.

Sebahagian daripada anda mungkin mempunyai pasangan yang sentiasa meluangkan masa di pejabat atau sering out station. Mereka lebih suka melakukan kerja di pejabat daripada membawa pulang ke rumah. Katanya lebih selesa di pejabat, dan tidak mahu campur adukkan kertas kerja dengan hal peribadi di rumah. Malah, anda juga sukar untuk menghubungi mereka ketika di pejabat.

4. Melalui telefon bimbit.

Pasangan yang mempunyai banyak nombor telefon dan jumlah bill yang semakin meningkat. Namun, zaman sekarang, kebanyakan syarikat telco mempunyai kelebihan untuk menghubungi seseorang iaitu dengan panggilan yang tiada had atau unlimited call. Jadi, agak sukar untuk anda menghidu bahawa pasangan curang atau pun tidak.

5. Secara online.

Pasangan ketagih dengan semua sosial media. Mereka lebih suka meluangkan masa di sosial media, tidak berkongsi password dengan anda, sering menjauhkan telefon bimbit atau komputer daripada anda, tidak pernah add friend facebook anda, malah pasangan seperti terkejut apabila anda tiba-tiba berada di sisi mereka ketika melayari internet. Hati-hati!



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 597,257 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen