Wahai Wanita, Jom Kenali Lelaki Melalui 5 Situasi Ini.

 

Jadi wanita di luar sana, jom baca bagaimana untuk mengetahui maksud tersirat lelaki dan memahami hati dan perasaan mereka!

Situasi 1: Apabila wanita mahukan hubungan yang serius bersama pasangan.

Kata lelaki: “Saya tak mahu hubungan yang serius untuk masa sekarang”

Maksud tersirat: “Saya tak fikirkan lagi awak sebagai bakal isteri saya, tetapi kalau teman tapi mesra saya okay je”

Menurut kajian lelaki tidak akan mengejar seorang wanita yang mereka rasakan tiada potensi untuk menjadi bakal isteri mereka.

Situasi 2: Apabila lelaki sudah mempunyai teman wanita.

Kata lelaki: “Jika saya bukan dengan teman wanita yang sekarang, saya pasti dengan awak, percaya lah”

Maksud tersirat: “Saya tidak akan meninggalkan teman wanita saya, tetapi awak ni sangat menyeronokkan!”

Menurut kajian, lelaki hanya menipu apabila pasangan tiada peluang untuk mengambil tahu tentang mereka.

Situasi 3: Apabila wanita merasakan berat badan mereka bertambah.

Kata lelaki: “Awak tak gemuk lah”

Maksud tersirat: “Sebenarnya awak tak la gemuk mana pun, tapi lebih elok kalau awak tak gemuk”

Menurut kajian, hanya minoriti sahaja akan meninggalkan wanita ketika mereka berisi.



Situasi 4: Bertemu janji untuk kali pertama.

Kata lelaki: “Saya akan hubungi awak lagi selepas ini”

Maksud tersirat: “Saya tak pasti kalau saya nak jumpa awak lagi lepas ni. Jadi, saya perlukan masa untuk berfikir”

Menurut kajian, seorang lelaki akan memerlukan dalam masa 2 atau 3 hari sahaja untuk menghubungi kembali wanita tersebut. Jika lebih, si lelaki sudah pun melupakan mereka.

Situasi 5: Ketika mengungkit kisah bekas kekasih.

Kata lelaki: “Saya tak kisah kalau awak nak berkawan dengan ex boyfriend awak”

Maksud tersirat: “Sebenarnya saya tak suka awak berkawan dengan dia, tapi saya tak boleh paksa”

Menurut kajian, lelaki memang tidak suka teman wanitanya berkawan kembali atau menghubungi bekas kekasih mereka di mana-mana sosial media. 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,256 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen