Cara Menghadapi Pasangan Panas Baran.

 

Dalam mana-mana perhubungan, sudah tentunya akan menghadapi pelbagai kerenah pasangan masing-masing. Kadang kala, kita juga mempunyai kerenah yang tersendiri yang tidak difahami oleh pasangan. Oleh itu, sikap saling lengkap melengkapi satu sama lain adalah penting untuk mengekalkan keharmonian dalam sebuah perhubungan. Pasangan yang panas baran perlu dihadapi dengan bijak, jika tersilap langkah akan mengakibatkan pergaduhan besar.



1. Sabar.

Maki hamun adalah perkara biasa bagi orang yang panas baran. Orang yang panas baran ini sebenarnya mereka kurang penghargaan dan kasih sayang. Jadi mulai hari ini, ucapkanlah terima kasih walaupun sekecil mana bantuan yang diberikan. Setelah itu, anda akan melihat kesan penghargaan tersebut. Kasihani mereka, mungkin sejak kecil mereka duduk dalam keadaan tertekan, oleh itu mempengaruhi sikapnya.

2. Mengalah.

Mengalah bukan bererti kalah. Jika ada perkara yang perlu kita mengalah, mengalah itu lebih baik daripada memperbesarkan masalah. Selalulah berkata maaf terhadap pasangan walaupun kita tidak melakukan kesilapan. Kerana dengan maaf itu dapat menundukkan ego kita, dan menjadikan dia lebih tenang.

3. Tegas.

Ada kalanya juga kita perlu bertegas dalam beberapa hal. Misalnya apabila si dia ingin mengapa-apakan wanita, wanita tersebut tidak boleh mengalah. Itu bukan cara kita. Tegas dan katakan tak nak! Begitu juga apabila berumah tangga. Nafkah misalnya. Ia adalah tanggungjawab seorang lelaki, walau sekecil mana gaji seorang suami, dia tetap perlu menjalankan tanggungjawab sebagai suami. Katakan kepadanya dengan penuh hikmah, mudah-mudahan mereka dapat menerima teguran tersebut dengan sebaik mungkin.


4. Cari orang yang dia hormati.

Jika tidak berkesan juga, carilah orang yang dia hormati untuk menegur. Mungkin di kalangan orang tua, ustaz dan sebagainya. Nasihat daripada mereka akan mudah diserap kerana mereka mengetahui teknik yang berkesan untuk memujuk seseorang dalam keadaan marah. Teguran itu dibuat dalam keadaan kita tiada dan dia tidak mengetahui akan strategi kita. Itu cara terbaik.

5. Doa.

Apapun, doa adalah senjata orang mukmin. Berdoa setiap kali kita mengerjakan solat lima waktu atau di dalam solat sunat yang lain. Digalakkan juga kita beristighfar. Kerana dengan istighfar, dosa kita diampunkan. Bahkan doakan kita juga akan mudah diangkat oleh Allah.


Maka, lakukan hal-hal ini sebaiknya. Berikan contoh yang baik terhadap mereka. Kerana mendidik melalui perbuatan lebih mudah terpengaruh daripada mendidik melalui percakapan. Selamat mencuba, dan selamat maju jaya! Semangat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,496 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen