3 Sebab Lebih Baik Untuk Melepaskan Daripada Terus Dipermainkan.

 

Ramai antara kita yang pernah kecewa dengan cinta. Mula-mula segalanya indah. Habiskan masa bersama, susah senang bersama, tak kisah pun kadang-kadang terpaksa berkorban demi si dia. Tapi entah di mana silapnya, sampai satu masa, ada yang berubah. Cinta yang diharapkan berpanjangan, tak tahu ke mana. Lebih buruk, kalau si dia tak berikan kata putus. Kalau ditanya, dia kata cinta tapi anda selalu rasa dipersia-siakan. Bila perlu, dia datang mencari. Selebihnya, rasa macam disisihkan, kan? Rasanya memang sakit lebih-lebih lagi bila diperlakukan orang orang yang tersayang.



1. Perhatian yang dia berikan tak bermakna kalau tanpa keikhlasan.

Hati mana yang tak bahagia bila dia diberi perhatian sepenuhnya? Tapi sayangnya ia tak bermakna kalau perhatian itu hanya datang bila dia perlukanmu. Bila tak perlu, dia akan jalani hidupnya sendiri dan anda pun sama. Dia tak pernah menghargai pengorbananmu atau hormati perasaanmu. Jadi buat apa dipertahankan lagi?

2. Bertahan dalam hubungan yang salah hanya akan menyiksa diri sendiri.



Kalau ada pilihan, tak ada orang yang nak berpisah dengan orang yang dicintai. Kadang-kadang rasa sakit, tapi cinta kan memang perlukan pengorbanan? Ya, memang. Tapi ada beza antara pengorbanan dan kebodohan. Sebanyak mana pun kamu sayangkan si dia, sayangi dulu diri sendiri. Si dia yang tak mencintai kamu sepenuh hatinya hanya akan melukai hatimu. Kalau hubungan itu selalu buat kamu rasa sedih dan tak dihargai, buat apa bertahan lagi? Hubungan cinta perlukan usaha yang berterusan dari kedua belah pihak jadi tak ada gunanya bertahan kalau kamu seorang saja yang selalu berkorban untuk si dia. Kamu perlukan seseorang yang benar-benar mencintaimu dengan hatinya, bukan seseorang yang hanya menjadikan kamu pilihan keduanya.

3. Hanya ingin diterima seadanya.

Tak ada manusia yang sempurna. Kita semua ada salah silap masing-masing. Cinta itu jadi indah bila kita menerima kekurangan masing-masing dan sama-sama usaha untuk saling melengkapi. Cuma anda kena bijak bezakan antara menerima kekurangan atau menerima bila diri dipermainkan. Ada masanya, lebih baik lepaskan daripada lebih lama menderita hanya untuk dipermainkan. Anda pun ada hati dan perasaan. Ada banyak cara untuk anda rasa bahagia walaupun tak bersama dengan si dia. Sebelum anda terlalu sayangkan dia, sayangi diri sendiri dulu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 533,330 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen