5 Perasaan Yang Anda Wajib Ambil Tahu, Sebagai Permulaan Untuk Menjalinkan Hubungan Cinta.

 

Bagi pasangan yang ingin bercinta, mereka bagaikan tidak memikir sesuatu hal dalam jangka masa yang panjang. Apa yang mereka mahu dan fikirkan hanya lah keseronokan tanpa tiada komitmen. Padahal perasaan pasangan itu adalah aspek yang paling penting untuk di jaga supaya tiada konflik bakal berlaku.

Jadi, sebelum ingin mempunyai pasangan teman hidup semati atau kekasih hati sepanjang hayat, anda perlu ambil tahu tentang perasaan pasangan yang bakal anda saksikan, jom baca!

1. Bakal mengecewakan.

Apabila di awal perkenalan dalam hubungan cinta, kita mahu segala yang indah belaka bakal terjadi. Anda hidup di alam realiti dan bukan fantasi seperti Cinderella. Mengenali seseorang yang baru kadang kala sangat mengecewakan kerana anda bagaikan sukar untuk menerima sikapnya yang anda tidak pernah lihat.

2. Bakal menghancurkan.

Pasangan bakal menghancurkan janji dan perasaan anda, ketika anda terlalu berharap pada si dia. Anda perlu menjadi lebih bersedia malah menerima teguran daripada sahabat dan ahli keluarga dengan sangat terbuka. Jangan hanya menutup sebelah mata seperti tiada apa yang berlaku.

3. Sangat kekok.

Menjadi kekok terhadap pasangan adalah normal ketika baru berkenalan. Tetapi apabila sudah lama menjalinkan hubungan cinta berbulan-bulan atau beberapa tahun, masih juga merasa kekok, hubungan anda pasti mempunyai kekurangan untuk diperbaiki.

4. Sangat menjengkelkan.

Anda perlu bersiap sedia dengan pelbagai tabiat pelik atau menjengkelkan daripada pasangan. Sama ada anda boleh menerima dengan hati terbuka atau mengubah tabiat mereka dengan secara perlahan-lahan. Tabiat yang buruk seperti panas baran dan ego masih lagi boleh di ubah kecuali tabiat menggigit kuku atau straw, memintal rambut atau terlalu pembersih kerana ia tidak menjejaskan orang lain.

5. Bagaikan cinta yang tidak bermakna.

Kadang kala anda bakal merasakan, cinta yang di beri kepada pasangan seperti tidak bermakna kerana terlalu mengharap. Apa yang anda perlu lakukan ketika ini adalah berfikiran positif dan tidak membuat andaian semata-mata mengikut perasaan. Perkara ini  sering terjadi kepada wanita kerana mereka lebih beremosi dan bertindak tanpa berfikir.

Bukan mahu membuat orang ramai untuk takut bercinta, tetapi untuk lebih berhati-hati supaya tidak salah memilih pasangan.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 490,613 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen