Jangan Menipu Lima Perkara Ini Di Awal Perkenalan.

 

Tidak mudah untuk menyatakan sesuatu yang jujur di awal perkenalan. Terutama jika kita sendiri tidak mengenali orang itu. Mungkin ada sebab kita tidak mahu jujur diawal perkenalan kita. Tetapi jika seseorang itu betul-betul berminat terhadap diri kita, pasti dia akan menerima segala kekurangan kita. mengapa kita perlu jujur diawal perkenalan? Kerana ia memudahkan seseorang itu menilai kita, di samping itu juga, ia tidak akan membebankan diri kita sendiri untuk berkata benar apabila hubungan itu mula serius. Jadi apa yang anda tidak boleh menipu di awal pertemuan?

1. Umur.

Tidak kiralah anda lebih muda atau lebih tua dari anda, tapi jangan cuba untuk menipu pasangan anda mengenai umur anda. Terus terang sahaja mengenai umur anda. Sesetengah orang boleh sahaja menerima perbezaan umur yang jauh. Apa yang penting bagaimana anda mengendalikan hubungan selepas itu. Tapi jika anda tidak berlaku jujur, pasti si dia akan mula meragui anda. Jadi bagaimana hendak teruskan perhubungan.

2. Keupayaan memasak.

Tidak semua orang mahir dalam bab masakkan. Mungkin anda juga salah seorang darinya. Jadi tidak salah jika anda berterus terang kepada si dia bahawa anda tidak mahir akan perkara itu. Jika di benar sukakan anda, pasti dia akan menyokong anda untuk meminati lebih dalam masakkan. Jadi buat apa nak takut, memasak itu boleh belajar.

3. Hubungan masa lalu.

Jangan pernah menipu mengenai hubungan masa lalu anda. Jika si dia dapat mengetahuinya sendiri lagi bahaya. Apa yang lebih baik adalah, jika nada berterus terang mengenai hal sebenar. Jika anda tidak mahu memberitahu di awal pertemuan, cari waktu yang sesuai untuk anda menceritakannya.

4. Diri anda yang sebenar.

Ini adalah perkara yang paling penting. Tidak perlu menjadi orang lain di hadapannya. Jadi sahaja diri anda sendiri, itu lebih selesa. Mungkin si dia juga akan lebih selesa dengan awak. Yelah, apabila jadi diri sendiri ini, perbuatan kita tidak buat-buat. Semuanya akan terkawal.

5. Status diri yang sebenar.

Jika anda pernah mendirikan rumah tangga dahulu, anda perlu berterus terang. Jangan sembunyikan gara-gara anda ingin memilki dia. Tidak salah pun jika perkahwinan tidak berkekalan, tapi yang salah menipu orang.

Kesimpulannya, kalau boleh pertemuan pertama ini, anda hanya berlaku jujur padanya. Jangan sembunyi-sembunyi, kalau tidak ia akan mendapat padah. Penipuan ini cepat atau lambat pasti akan terbongkar jua nanti.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 525,831 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen