Sebab Perlu Rahsiakan Pertunangan.

 


Daripada Ummu Salamah R.A, Rasulullah SAW telah bersabda:

أظهروا النكاح، وأخفوا الخطبة
Zahirkan (iklankan) pernikahan dan sembunyikan pertunangan.
[Riwayat al-Imam al-Dailami]


Jika dilihat situasi hari ini, ramai yang menjadikan majlis pertunangan seperti majlis perkahwinan. Sedangkan dalam islam, kita digalakkan untuk lebih mewar-warkan majlis perkahwinan berbanding pertunangan. Berikut disenaraikan beberapa sebab untuk merahsiakan pertunangan.

1. Aib sekiranya pertunangan putus.

Alangkah malunya sekiranya pertunangan tersebut putus. Orang ramai telah mengetahui hal tersebut, sedangkan mereka tidak mengetahui hal sebenar sebab pertunangan itu putus. Ada sebahagian situasi dimana kita tidak boleh menceritakan sebab berlakunya putus tunang kepada orang ramai kerana takut membuka aib salah seorang pasangan. Oleh itu, merahsiakan pertunangan lebih baik.

2. Pembaziran.

Membazir adalah amalan syaitan. Pertunangan bukanlah bermaksud pasangan tersebut telah sah menjadi suami isteri. Berdua-duaan sekalipun tidak dibenarkan syara’. Maka, tiada gunanya majlis pertunangan tersebut dibuat secara besar-besaran.

3. Masa untuk berkenalan.

Pertunangan adalah masa untuk pasangan tersebut saling kenal mengenali. Tapi masih memerlukan mahram sekiranya ada urusan yang perlu diselesaikan bersama. Sekiranya dalam tempoh pertunangan tersebut ternyata kedua-duanya tidak serasi, maka dibolehkan untuk putuskan tunang. Apabila tidak dihebohkan, maka tidak akan menyebabkan malu.

4. Terhindar dari hasad.

Walapun kita berada di zaman moden, kita masih lagi terdedah dengan sifat yang tercela iaitu sifat hasad. Sifat hasad ini kadang kala membawa kemudaratan kerana dengan adanya ilmu hitam, seseorang boleh melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan atau menyebabkan seseorang itu terputus tunang. Maka, merahsiakan pertunangan adalah jalan terbaik.

Tetapi, bukanlah bermaksud kita tidak boleh langsung membuat majlis pertunangan. Bersederhanalah. Kerana haram meminang atas pinangan orang lain sekiranya pinangan itu diterima dan tidak mendapat keizinan dari orang yang meminang tersebut. Niatkan saja pertunangan tersebut hanya bertujuan untuk mengikat perjanjian. Perlu diingatkan, pertunangan boleh saja diputuskan sekiranya ada perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan timbul kekal.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,312 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen