Lima Karekter Wanita Yang Perlu Difahami.

 

Tentunya karekter lelaki dengan wanita adalah berbeza. Allah menjadikan hidup berpasangan untuk saling melengkapi jika salah satu mempunyai kekurangan. Oleh itu, dalami karekter ini supaya anda sebagai seorang lelaki mudah untuk memahami mereka apabila berhadapan dengan sifat-sifat yang ditanyakan tersebut.



1. Menggunakan emosi dan perasaan.

Wanita banyak menggunakan emosi dalam menyelesaikan masalah. Dia juga banyak menggunakan perasaan. Dengan itu jugalah Allah menjadikan wanita untuk menguruskan anak, rumah tangga kerana sesuai dengan sifatnya yang lemah lembut dan banyak menggunakan emosi bagi mengawal anak-anak. Mereka masih mampu untuk menjaga anak-anak walaupun mempunyai anak yang ramai dan bertahun-tahun menjaga kesemua.

2. Suka pujian dan penghargaan.

Dia suka akan pujian, lebih-lebih lagi apabila pujian tersebut daripada seorang yang dia cintai. Pujian menyebabkan mereka tersenyum lebar dan terus mengingati saat terindah tersebut. Suka juga dihargai oleh orang lain. Sebab itulah memori mereka kuat dalam mengingati tarikh-tarikh penting. Kerana mereka akan meraikannya atau menunggu seseorang untuk menghargai dirinya. Dia juga akan selalu menghubungi orang yang disayangi kerana dia memerlukan penghargaan. Berbanding lelaki, tidak memerlukan itu. Jadi, wanita dan lelaki perlu seimbang dalam hal ini.

3. Pendendam dan payah berterima kasih.

Mereka payah untuk melupakan kesilapan orang lain terhadapnya. Sekalipun seorang lelaki telah banyak mengorbankan segalanya untuk dia, dia tetap akan menghukum lelaki tersebut menggunakan perkataan yang tidak disenangi oleh seorang lelaki. Dia juga kurang menghargai seseorang. Bahkan dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w menyatakan kaum wanita banyak berada di dalam neraka kerana mempunyai sifat ini.

4. Ego yang tinggi.

Karekter ini kebiasaannya dominan kepada lelaki. Tetapi, bagi sebahagian wanita, dia akan berusaha keras untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan. Mencari solusi sehingga masalah itu selesai. Sebab itu jugalah wanita lebih banyak mengingati sesuatu dan suka mengungkit berbanding lelaki yang sudah melupakan hal yang lalu.

5. Suka dimanja.

Perasaan wanita menjadi reda sekiranya segala masalah dapat diluahkan kepada seseorang yang dia percaya dan cintai. Menangis adalah salah satu cara untuk mengurangkan tekanan. Oleh itu, seorang lelaki perlu memahami sifat mereka ini. Layan dan dengarkan saja apa yang disampaikan. Manjakan dia dengan apa yang disukainya dan berguraulah dengan mereka, dengan itu menyebabkan mereka tersenyum dan gembira.


Jadi, siap sedia berhadapan dengan wanita kelak apabila berumah tangga. Kuatkan mental ketika berada di sisinya. Lupakan dan maafkan sahaja apa yang telah dilakukan. Kerana memang begitu karekter seorang wanita. Good luck bro!




Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 454,551 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen