Enam Soalan Wanita Yang Membuat Lelaki Pening Kepala Nak Menjawab.

 

Bagi seorang perempuan bertanya mengenai hal remeh ini adalah perkara biasa. Ia hanya untuk memastikan pasangan kita itu berlaku jujur dan bercakap benar terhadapnya. Tapi bagi seorang lelaki pula, soalan yang remeh itu hanya menyakitkan hatinya kerana ia hanya menimbulkan rasa serba salah dan tidak tahu jawaban apa yang harus diberikan. Jika jawaban yang diberikan itu salah, pasti wanitanya itu akan terluka dan merajuk. Jadi jawaban bagaimana yang harus diberikan. Tapi ramai wanita tidak tahu enam soalan ini adalah soalan yang membuat lelaki serba salah.



1. Mengapa anda ‘like’ gambar wanita itu?

Apabila wanita melihat pasangannya ‘like’ gambar seseorang di media sosial terutama Facebook atau Instagram, pasti wanita itu akan bertanya mengapa ‘like’ gambar tersebut. Jadi si lelaki ini tidak tahu jawaban apa yang harus diberikan. Jika jawaban yang diberikan ia sekadar kawan atau terlike pasti wanita akan berfikir si lelaki itu curang. Jika tidak menjawab akan merajuk pula. Tapi jika jujur akan bergaduh pula.

2. Kenapa anda tidak mencuba jadi seperti Y?

Lelaki ini tidak suka dibandingkan, jadi jangan membandingkan dirinya untuk menjadi seseorang yang anda suka atau minat. Ataupun seseorang yang lebih baik darinya. Hal ini kerana, si dia rasa kurang senang akan soalan itu.

3. Siapa yang anda WhatsApp sepanjang masa?

Kebiasaannya orang lelaki ini mempunyai banyak group WhatsApp, jadi mereka ini akan sentiasa berhubung melalui medium itu. Tapi bagi wanita, jika seorang lelaki itu sentiasa dengan telefon bimbitnya bermakna lelaki itu curang. Pasti soalan ini kerap ditanya bukan? Bila si lelaki itu kata rakannya atau group pasti anda tidak percaya. Jadi bagi pasangan anda itu sedikit privacy okay?


4. Kenapa suka lepak dengannya?

Jika seseorang lelaki itu suka lepak dengan rakan-rakannya pasti akan menjadi persoalan bagi wanita. Itu belum lagi jika teman lelakinya itu lepak dengan wanita lain. Pasti lagi tidak keruan. Ketahuilah, pasangan anda itu hanya berkawan dengan mereka tidak lebih pun. Jika anda ragu, apa kata anda ikut mereka lepak sekali.

5. Adakah dia cantik?

Soalan ini adalah soalan yang membuat si lelaki tidak tahu hendak jawab apa. Biasanya mereka akan menjawab anda lebih cantik, ini kira jawapan selamat lah. Tapi anda masih tidak percaya. Lagi-lagi kalau kata wanita itu lebih cantik dari anda, mahu mengamuk pula nanti. Ketahuilah wanita, bahawa setiap kecantikan wanita ini berlainan, jadi jangan bagi pasangan kita ini pening kepala dengan soalan maut anda.

6. Gemuk atau tidak?

Soalan ini sangat-sangat sensitif bagi wanita, jika lelaki kata ya mahu menangis tapi bila lelaki kata tidak dikata menipunya. Jadi jawapan yang mana sebenarnya yang perlu dicari ini. Eh pening lah macam ini.

Apa yang dapat disimpulkan ialah, keenam-enam soalan ini adalah soalan yang sangat remeh tapi tidak bagi seorang perempuan. Biasalah wanita kan ‘complicated’. Jadi si lelaki kena lah faham akan pasangannya itu ye.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 332,812 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen