5 Ciri-Ciri Wanita ‘Insecure’. Mengapa Mereka Sukar Di Cintai Dan Mencintai Pasangan? Jom Baca!

 

Wanita insecure atau di gelar sebagai wanita yang kurang mempercayai anda dan sentiasa berasa kurang selamat, mereka adalah seorang yang memerlukan perhatian daripada pasangan. Wanita ini juga, sering mengucapkan kata maaf kerana tidak mahu kehilangan pasangannya yang tercinta.



Jadi, apakah yang menyebabkan mereka rasa sangat sukar untuk mencintai pasangannya dan risau jika cinta tidak terbalas? Jom baca.

1. Paranoid.

Mereka terlalu paranoid dengan pasangannya. Mungkin kerana mereka terlalu cemburu dan curiga terhadap pasangan. Mereka terlalu takut akan kehilangan si dia walaupun jauh di depan mata. Mereka mungkin mempercayai pasangan tetapi tidak secara total, kerana kata-kata di minda sentiasa mengaburi kepercayaan tersebut.

“Eh, boleh percaya ke boyfriend kau tu” mereka bukan bermonolog tetapi ia adalah suara di dalam minda. Menakutkan, tetapi ini adalah ciri-ciri wanita paranoid dan insecure.

2. Terlalu menagih pujian.

Wanita yang insecure sering berasa diri mereka terlalu banyak kekurangan. Sehinggakan setiap hari menyoal perkara yang sama terhadap pasangan. Ini kerana mereka mempunyai keyakinan yang rendah terhadap diri sendiri.

“Tudung saya okay tak?”

“Hari ni pakaian saya okay tak?”

“Muka saya nampak sembab tak?”

3. Kasih sayang yang berterusan.

Wanita yang insecure sering menyoal...

“Adakah awak masih sayangkan saya?” atau

“Adakah awak sering berfikir tentang saya?” atau

“Adakah awak sering mencintai saya?”. Ini kerana mereka ingin memastikan pasangannya sentiasa menyayangi mereka dan mereka percaya bahawa si dia adalah orang yang benar-benar mencintainya.

4. Terlalu suka membuat andaian.

Wanita insecure sering membuat andaian, atau dengan kata lain, mereka sentiasa memikirkan negatif terhadap pasangan. Perasaan ini memang sukar di bendung kerana mereka memang seorang yang insecure. Mereka sendiri agak sukar untuk mengendali perasaannya dan kadang kala tidak faham mengapa mereka berkelakuan begitu.

5. Sering mengungkapkan kata maaf tanpa sebab.

Wanita insecure memang sentiasa mengungkapkan kata maaf tanpa sebab, kerana mereka merasakan, mereka sering melakukan kesalahan. Mereka juga secara tiba-tiba berdiam diri dan menangis. Wahai lelaki jangan terkejut kerana memang wujud wanita sebegini!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 489,052 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen