5 Sebab Kenapa ‘Crush’ Tidak Membalas Whatsapp Anda.

 

‘Crush’ atau bermaksud seseorang yang anda suka dalam diam tanpa mengharap cinta di balas. Pedih hati melihat crush dari jauh dan dapat berdampingan dengan rakan lain. Anda juga mahu berdamping rapat dengan mereka, sentiasa berbalas whatsapp dengan mereka, namun, anda khuatir, adakah anda di terima menjadi teman si dia?

Setelah anda cuba menghantar whatsapp kepada si dia, anda tertanya-tanya, kenapa mereka tidak membalas? Adakah mereka bosan dengan anda? Adakah mereka tidak suka kepada anda? Jadi, jom baca antara sebab-sebab di bawah.



1. Crush bukan seorang yang suka membalas whatsapp.

Mereka adalah seorang yang tidak gemar untuk menaip atau pun mereka adalah seorang yang malas untuk menaip sebutir perkataan. Namun, mereka lebih gemar jika anda menghubungi mereka secara terus, atau berjumpa secara bersemuka. Adakah anda berani?

2. Crush seorang sasterawan.

Mereka sangat cerewet apabila melihat short form yang terlalu banyak dalam text anda. Malah mereka sangat mementingkan tatabahasa supaya sedap di baca. Seperti:

Aku = aq
Ada = ad
Sangat = sanad
Kau = kaw
Kuat = kuad



3. Crush seorang yang tidak suka pada soalan.

Apabila anda menghantar soalan yang agak tidak masuk akal pada mereka seperti “Hai, awak apa khabar? Sihat? Dah makan? Hari ni buat apa?”. Kelihatan normal pada anda, tetapi bagi mereka anda seperti polis kerana banyak bertanya. Cukup sekadar “Hai, harap awak sihat hari ni. Jom makan!” Mereka juga hanya lah seorang manusia biasa dan hanya mahu kehidupan yang simple tanpa banyak tanya.

4. Crush seorang yang berhati-hati.

Apabila anda secara tiba-tiba meminta tolong daripada mereka, sudah tentu mereka akan waspada dan menjauhkan diri daripada anda. Mereka akan berfikir, anda bukan la orang yang terlalu rapat untuk meminta tolong sebegitu.

5. Crush tidak suka pada anda.

Setelah beberapa usaha anda lakukan sudah ternyata mereka tidak suka untuk membalas whatsapp pada orang yang mereka tidak minat. Ini kerana anda seorang yang menjengkelkan dan sentiasa mengejar diri mereka. Okay, sila move on!

Anda juga boleh baca artikel ini 5 Tanda Teman Baik ‘Crush’ Pada Anda. Adakah Anda Mahu Meneruskan Hubungan Sebagai Sahabat Atau Menerima Cintanya?


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,078 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen