Jodoh, Adakah Takdir Daripada Allah Atau Pilihan?

 

Jodoh, Ajal maut di tangan Allah. Pasangan kita adalah pemberian daripada Allah. Cuma, untuk mendapatkannya perlu dimulakan dengan usaha yang gigih sekiranya seseorang itu masih lagi belum dikurniakan jodoh. Doa, usaha, ikhtiar , tawakal perlu seiring untuk mendapatkan jodoh. Allah telah menetapkan jodoh kita di lauhul mahfuz. Maka, hanya kita perlu mendapatkannya dengan cara yang betul.



Dalam mencari jodoh, ada orang yang terlalu mudah untuk mendapatkannya, tetapi bagi sebahagian orang, dia memerlukan usaha yang lebih. Apabila kita mencari jodoh dengan cara yang baik, ingatlah ganjaran Allah kepada kita. Kerana Allah sangat mengasihi orang yang menjaga kehormatan diri. Dianjurkan untuk tidak mencari jodoh dengan bercinta terlebih dahulu. Tetapi, carilah jodoh untuk dijadikan pasangan hidup. Itu adalah cara terbaik yang dianjurkan oleh Islam.

Jodoh ini diibaratkan kita diberikan pilihan untuk menggunakan dua jalan. Satu, melalui jalan A. Dua, jalan B. Kedua-duanya mempunyai rintangan dan halangan yang perlu ditempuh. Samaada juga anda melalui dengan cara baik mahupun dengan cara yang tidak diredhai Allah. Itu adalah pilihan anda. Apapun, destinasinya tetap sama. Iaitu gerbang perkahwinan.


Jika masih lagi belum diberikan jodoh walaupun usia telah meningkat, serta telah berusaha keras untuk mendapatkannya, percayalah Allah memberikan pahala atas usaha tersebut.

Cara mendapatkan jodoh mempunyai lorong-lorong yang tersendiri. Ada yang mencari jodoh melalui usahanya sendiri melalui perkenalan. Ada juga meminta pertolongan daripada sahabat, ibu bapa, guru atau orang yang dipercayai. Selain itu melalui medium media yang ada di zaman serba canggih ini. Berusahalah untuk menggunakan semua kaedah ini. Mudah-mudahan anda mendapatkan jodoh yang diredhai oleh Allah.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,976 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen