Tanda-tanda Pasangan Sedang Curang. Hati-hati.

 

Hidup berpasangan sungguh mengembirakan. Tapi tanpa disedari kadang kala kita ditipu oleh manusia yang dicintai. Perkara ini boleh berlaku kepada seorang lelaki mahupun wanita. Di hadapan kita dia seorang yang baik, di belakang kita dia mempermainkan dan menghina kita. Oleh itu, kami kongsikan kepada anda bagaimana untuk mengenali pasangan yang sedang berpura-pura mencintai seseorang.



1. Mengiyakan semua penyataan.

Pasangan yang sedang berpura-pura menyayangi seseorang biasanya sentiasa mengiyakan apa yang dikatakan oleh kekasihnya, walaupun kadang kala semua penyataan itu tidak benar. Dia tidak jujur dengan apa yang dikatakan. Kata-katanya selalu manis dan pujian kepada seseorang selalu berlebihan dan melampau.



2. Sembunyikan sesuatu.

Banyak rahsia yang disimpan daripada kita. Kemungkinan dia mempunyai orang lain dalam masa yang sama. Jika bercakap, kadang endah tak endah saja.

3. Mengelak pertanyaan.

Jika ditanya akan sesuatu, dia selalu mengelak untuk menjawab persoalan tersebut. Seolah-olah ada perkara yang disembunyikan daripada kita.



4. Mencari kesalahan.

Sebelum ini biasa saja, tetapi sekarang sering mencari kesalahan pasangan. Itu tak kena, ini tak kena. Jika betul dia mencintai kita, dia akan sedaya upaya akan menasihati kita dengan baik, membantu apa yang perlu untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.



5. Menipu.

Ini biasa yang dilakukan oleh mana-mana pasangan yang ingin mempermainkan seseorang. Menipu seakan-akan menjadi tabiat. Pada hakikatnya dia ingin hubungan yang dibina akan putus dengan segera.

Oleh itu, berhati-hatilah dengan pasangan sebegini. Jika boleh, tegurlah dia dengan cara yang baik terlebih dahulu. Apapun, dinasihatkan agar kita periksa punca hal tersebut terjadi. Andaikata, dia mempunyai orang lain dan anda masih tiada hubungan perkahwinan dengannya, sebaiknya tinggalkan saja dia. Jika sudah berkahwin, perbaikilah hubungan anda dengan suami atau isteri. Memelihara rumah tangga itu amat dituntut dalam Islam daripada bercerai. Mungkin kesilapan berlaku pada kita, maka perbaikilah hubungan tersebut.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 367,373 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen