Lakukan 6 Perkara Ini Untuk Mengelakkan Hubungan Menjadi Hambar.

 

Sentiasa melakukan perkara yang terlalu biasa, anda dan pasangan menjadi bosan. Jadi, apakah taktik atau perkara untuk anda lakukan, supaya hubungan dengan si dia tidak menjadi hambar?

1. Bersenam.

Anda dengan si dia gemar beriadah untuk bersenam dan untuk mendapatkan tubuh badan yang ideal. Tubuh badan yang sentiasa mengeluarkan peluh juga dapat mengurangkan tekanan dan anda menjadi lebih gembira daripada biasa. Namun, lokasi anda beriadah adalah di rumah atau tempat yang sama dan membosankan. Cuba anda dan pasangan mengubah lokasi seperti pergi ke gym, jogging di pantai, atau pun berenang.



2. Game.

Sudah tentu anda dan pasangan jika dating, sering menonton wayang dan hanya menikmati makanan di restoran. Kali ini cuba pula anda berdua bermain game arcade di mall. Ramai pasangan seperti tidak memandang game sebegini kerana terlalu kebudak-budakkan. Tetapi kadang-kala jika anda mencuba, menjadi ketagih pula.

3. Menyanyi bersama.

Selain berkomunikasi dan bualkan tentang isu yang anda berdua gemari, tidak salah juga kadang kala anda dan pasangan menyanyi bersama di dalam kereta. Situasi akan menjadi hambar jika anda berdua masing-masing berdiam diri, manakala pasangan di sebelah hanya mengadap telefon bimbit.

4. Mencuba resipi baru.

Apabila kita mencuba resipi baru, secara tidak langsung otak anda dapat berfikir secara kreatif. Maka tidak lah hambar sangat di dalam perhubungan kerana sering makan di restoran atau menjamah makanan yang sama setiap hari. Makanan juga mampu mengeratkan hubungan anda berdua.



5. Merakam video.

Rakam kan setiap momen-momen anda bersama si dia dan jangan lepaskan peluang ini untuk anda menjadi lebih kreatif. Sunting video dan anda boleh beri kepada si dia ketika hari jadi atau hari yang istimewa. Atau pun, setiap gambar yang di ambil, jangan hanya di simpan di dalam telefon bimbit, tetapi print gambar tersebut dan gantung di mana sahaja anda mahu.

6. Menjerit.

Selain dapat mengurangkan tekanan anda, ia juga mampu mengelakkan hubungan anda menjadi hambar. Menjerit bukan lah pada tempat yang sunyi seperti perpustakaan atau di tempat awam, tetapi ketika anda memandu di dalam terowong sambil membuka tingkap kereta. Pasti ia amat menyeronokkan!

Selamat Mencuba!

Anda juga boleh baca artikel yang berkaitan 6 Tips Untuk Hubungan Yang Sihat Dan Berkekalan. dan 6 Kata-Kata Dan Perkara Yang Anda Patut Elak Semasa Berlaku Pergaduhan Dengan Pasangan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,968 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen