5 Tabiat Yang Bakal Menyakitkan Hati Pasangan Tanpa Anda Sedar.

 

Di dalam perhubungan, semakin lama ia terjalin, semakin anda lebih mengenali sikap sebenar pasangan. Dan tanpa anda sedari, perbuatan anda terhadap pasangan semakin lama, semakin menyakitkan hati mereka, kerana anda tidak pernah cuba berubah untuk si dia.

 Jadi, jom baca tabiat yang bagaimana akan menyakitkan hati pasangan anda!

1. Menyampuk perbualan mereka.

Ketahuilah anda, apakah perasaan anda ketika berbual dengan rancak dan secara tiba-tiba pasangan mencelah? Sakit hati bukan?Kerana kita tidak dapat menghabiskan cerita dan menjadi tergantung. Jadi keterujaan untuk bercerita terhenti dan akan menganggu mood pasangan.



2. Sukar memahami situasi.

Atau dengan kata lain, anda menjadi terlalu blur. Setiap bait kata-kata pasangan, anda sukar untuk kupaskan dan isu menjadi pendek dan tergantung. Pasangan seperti terpaksa berulang kali untuk menceritakan sesuatu isu. Dan anda juga gemar berulang kali menyoal soalan yang sama.

3. Anda sahaja sentiasa betul.

Anda sangat mementingkan diri dan berfikiran anda sahaja yang benar dan tiada salah. Anda juga seperti sering tidak mengaku salah. Keadaan ini akan membuatkan pasangan berasa bosan dengan anda. Jika anda tidak sanggup berpisah dengan pasangan, jangan mementingkan diri sendiri.



4. Sentiasa dengan telefon bimbit.

Sangat menjengkelkan ketika pasangan sedang berbicara isu yang penting dan anda hanya mengadap telefon bimbit 24 jam. Jika pasangan ajak berbincang dan berbual, silent telefon bimbit anda dan jadi lah pendengar yang setia.

5. Tidak mengambil kisah dengan reaksi pasangan.

Apabila pasangan mengerutkan dahi, menggeleng dan mengangguk kepala atau menutup mulut kerana tidak menggemari sesuatu, anda perlu sedar dengan tindakan pasangan sebegini. Jika perkara kecil ini anda seperti tidak mengambil kisah, pasangan akan menganggap anda tidak pandai menjaga hati mereka.

Jangan menjadi kebiasaan untuk tidak mengendahkan sikap peribadi anda yang bakal menjengkelkan. Cuba perbaiki diri untuk mengukuhkan lagi hubungan.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,546 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen