6 Kata-Kata Dan Perkara Yang Anda Patut Elak Semasa Berlaku Pergaduhan Dengan Pasangan.

 

Apa yang terjadi semasa berlakunya pergaduhan antara pasangan yang bercinta malah pasangan yang telah berkahwin? Bermasam muka dan mengeluarkan kata-kata kesat akan terjadi, jadi jom baca antara kata-kata yang akan mengguriskan hati pasangan!



1. “Yelah, awak menang!”

Pasangan itu adalah satu pasukan, jadi tidak seharusnya anda mengeluarkan kata-kata seperti ini kerana ia seolah-olah akan menjerat lagi hubungan ke arah peperangan. Tukar kepada “Jadi, apa perlu kita lakukan sekarang?”

2. “Suka hati awak lah”

Atau “Whatever!” sambil mengangkat tapak tangan anda seolah-olah tidak mahu lagi mendengar kata-kata si dia. Perbuatan seperti ini telah menjadi trend untuk zaman sekarang. Jangan sesekali melakukan perbuatan ini, kerana ia pasti membangkit kemarahan pasangan. Tukar kepada “Saya tak suka bergaduh”.

3. Elak meninggikan suara.

Menjadi kebiasaan pada orang yang sedang amarah, meninggikan suara sehingga pasangan berkecil hati kesalahan yang amat besar sekali. Apabila salah seorang telah meninggikan suara, pasangan harus berdiam diri dan tidak melakukan sebarang pergerakan yang boleh menyakitkan pasangan. Jauhkan diri dari pasangan beberapa meter dan ambil masa untuk berfikir dengan tenang.



4. “Dulu awak tak macam ni pun!”

Elakkan mengungkit kisah silam bersama si dia kerana pergaduhan akan terus berlanjutan hingga tiada penyelesaian. Khuatir pasangan akan membalas “Dulu saya macam mana? Sekarang saya macam mana? Kenapa, sekarang baru awak sedar tak boleh terima saya ke?”

5. “Hei Abu Bin Ali…awak jangan…”

Elakkan daripada menyebut nama penuh pasangan. Ini kerana khuatir pasangan akan terkilan dan pergaduhan akan bertukar isu. “Sekarang ni awak baru tahu nama penuh saya ke? Kenapa tak sebut nama atuk saya sekali? Nama moyang ke?”

6. Jangan menuding jari atau menepis tangan pasangan.

Ketika kita sedang marah, secara tidak sedar tangan kita akan menjadi tidak boleh duduk diam sehingga menuding jari atau menampar pasangan. Oleh kerana itu, kita perlu menjauhkan diri dari pasangan beberapa meter takut jika berlaku perkara yang tidak di ingini. Malah jika pasangan cuba memujuk, jangan pula menepis kerana susah nak pujuk nanti.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 447,045 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen