Lima Tanda Pasangan Anda Masih Belum Serius Terhadap Perhubungan Kalian.

 

Hubungan yang baru bersama dengan yang baru dan anda masih belum tahu di mana penghujung perhubungan tersebut. Anda mengharapkan satu perhubungan yang penuh dengan kebahagiaan dan diakhiri dengan pernikahan. Tapi itu bagi anda, bagaimana pula dengan si dia? Adakah si dia juga mempunyai niat seperti anda? Atau si dia hanya menganggap anda sebagai mengisi masa lapangnya sahaja. Apa kata anda mula menilai tahap keseriusan pasangan anda melalui lima tanda ini.



1. Anda menjadi pilihan bukan keutamaan.

Dalam perhubungan anda, adakah anda rasa sentiasa menjadi yang kedua dalam rutin hariannya? Sebagai contoh, anda sedang sakit tetapi si dia lagi sedang seronok bersama rakan-rakannya tanpa menghiraukan anda. Di sini, pasangan anda memilih rakan-rakannya berbanding anda yang sedang sakit. Anda sentiasa menjadi pilihannya apabila rakan-rakannya tiada. Di mana ia menunjukkan anda hanyalah tempatnya untuk menghilangkan bosannya.



2. Menguji kesabaran anda.

Si dia selalu memeningkan kepala anda dengan tingkahnya yang langsung tidak menjaga hati anda. Tingkahnya yang selalu melayan orang ketiga amat ketara walaupun di hadapan mata anda. Apabila ditanya, jawapannya hanya sebagai seorang rakan tapi ayat-ayat yang digunakan lebih dari seorang rakan.



3. Janji yang tidak pernah ditunaikan.

Kerap menabur janji tapi janji itu tidak ditunaikan, itulah yang selalu pasangan anda lakukan terhadap anda. Segala kata janji yang diluahkan itu tidak pernah dianggap serius dan penting bagi dirinya. Tapi apabila anda menegurnya si dia masih lagi berjanji tapi akhirnya masih tidak tertunai lagi. Itu belum lagi ditambah dengan kata-kata kosong yang membuat anda sakit hati.



4. Menganggap cinta itu permainan.

Bagi dirinya hubungan cintanya terhadap anda itu tidak perlu terlalu serius. Ia cukup untuk menghiburkan hatinya yang sedang sunyi atau memerlukan seseorang. Bagi dirinya juga perhubungan cinta itu hanya keseronokan yang boleh dicapai oleh dua orang bukan satu perhubungan yang menuju tahap yang serius.



5. Tiada usaha dan komitmen yang tinggi.

Si dia tidak pernah menunjukkan usaha dan komitmen yang tinggi dalam perhubungan anda. Apatah lagi mempunyai niat untuk menikahi anda. Setiap kali pergaduhan dan perselisihan faham juga anda yang perlu mengalah dan berbaik semula dengan dirinya. Tapi si dia hanya dengan sikapnya yang tidak menghiraukan anda.

Jika si dia mempunyai lima tanda di atas, maka apa yang anda perlu lakukan adalah bertanya dengan jujur terhadap dirinya. Jangan biarkan dirinya terus mempermainkan cinta anda. Biar disakiti sekarang jangan disakiti apabila sayang makin mendalam. Buat perbincangan dengan tenang dan elok untuk mendapatkan kata sepakat yang tidak melukai kedua-duanya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,706 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen