Kenali Tanda-tanda Sihir Pemisah.

 

Walaupun kita berada di zaman yang moden, masyarakat kita masih lagi terdedah dengan kepercayaan karut yang boleh merosakkan orang lain. Tujuannya untuk memecah belahkan pertalian, perhubungan yang terjalin. Sihir pemisah ini boleh mengakibatkan perbalahan, perceraian, perpisahan. Dengan sihir ini, ia mengakibatkan pemisahan suami isteri, tunang, sahabat dan keluarga. Tanda-tanda ini tidak dapat dikenal pasti dengan mata kasar. Untuk mengetahui tanda-tanda tersebut, berikut disenaraikan untuk rujukan yang telah dikongsikan oleh Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin.



Jika anda mempunyai tanda-tanda ini, usah sebarkan kepada orang lain kecuali seseorang yang anda percayai. Dikhuatiri berlaku hal-hal lain terhadap anda. Oleh itu, sekiranya anda mempunyai tanda-tanda tersebut, segera dapatkan rawatan Islam.

1. Kerap sakit belakang, bahu, tengkuk dan urat belikat.
2. Kerap sesak nafas, sakit dada dan ulu hati.
3. Kerap rasa gelisah, berdebar tanpa sebab terutama waktu Asar ke atas.
4. Kerap sakit kepala walaupun sudah mengambil ubat.
5. Kerap kembung perut dan sendawa angin.
6. Kerap rasa berdenyut di bawah ari-ari bagi seorang wanita.
7. Kitaran haid tak normal.
8. Lambat mendapat zuriat.
9. Menjadi rimas dan cepat marah bila berdepan dengan suami atau isteri.
10. Kerap bergaduh besar walaupun berdepan dengan perkara kecil.
11. Ketika marah, isteri kerap meminta cerai.
12. Tidak suka tidur bersama.
13. Nafsu tiada terhadap suami atau Isteri.
14. Tercium bau badan yang busuk, nafas berbau pada tubuh suami atau isteri.
15. Suka bersendirian di dalam bilik.
16. Tidak suka tempat-tempat yang bising.
17. Sukar tidur pada waktu malam.
18. Kerap mimpi bayi, menyusu dan bermain dengan bayi tersebut.
19. Kerap mimpi ular, kala jengking dan binatang berbisa.
20. Kerap mimpi pasangan curang.
21. Perasaan curiga, cemburu buta yang kuat.
22. Kerap bermimpi tempat kotor dan busuk.
23. Kerap terbau kemenyan, colok setanggi.
24. Bila berjauhan dengan pasangan, perasaan rindu amat menebal.
25. Kerap teringat, merindui seseorang yang tidak dikenali atau dikenali.
26. Menjadi resah gelisah terdengar azan dan ayat suci al-Quran.
27. Kerap mimpi bersetubuh dengan orang lain.



Sekiranya ada tanda-tanda ini pada anda atau pasangan, segeralah mendapatkan rawatan Islam yang berhampiran. Jika lambat, mengakibatkan kemusnahan rumah tangga, putus tunang dan sebagainya. Carilah rawatan yang menepati syariat Islam. Menggunakan ayat al-Quran sebagai rawatan, bukan dengan mentera yang kita tidak fahami. Jika tersalah tempat, akan mengakibatkan penyakit baru yang timbul. Maka, buatlah penilitian terlebih dahulu sebelum mendapatkan rawatan.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,861 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen