Tips Memilih Imam Untuk Sepanjang Hidupmu.

 

Ramai orang selalu bagi nasihat tentang ciri-ciri perempuan yang baik untuk dijadikan isteri, tetapi bagaimana pula dengan suami? Sedangkan pemilihan suami atau isteri sama-sama penting, kena kedua-duanya akan memberi impak kepada hubungan dan keluarga yang bakal dibina. Di sini kami jelaskan garis panduan yang diletakkan dalam Islam dalam memilih calon suami;



1. Iman dan akhlak.

Dari pandangan Islam, ada dua perkara utama yang perlu ditekankan bila memilih seorang suami - iman dan kelakuan yang baik

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: 'Apabila datang kepadamu seorang (lelaki) yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinlah anakmu itu. Jika tidak berbuat demikian, nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan di atas muka bumi' (HR Tirmidzi)

Malangnya, ramai orang pada hari ini lebih mementingkan kedudukan kewangan yang kukuh berbanding cirri-ciri yang digalakkan oleh Nabi Muhammad SAW. Walaubagaimanapun, realitinya, pegangan agama dan akhlak yang baik lah yang akan membantu perkahwinan untuk terus kukuh di masa susah dan senang. Contohnya, bila seorang lelaki berpegang pada agamanya, dia akan membimbing isterinya berdasarkan panduan dari Allah SWT, dan dia akan menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang tidak di sukai oleh Allah SWT. Dari sini, anda boleh lihat betapa pentingnya ciri-ciri ini untuk perkahwinan yang berjaya dan sihat yang diredhai Allah SWT. Satu contoh yang baik adalah bagaimana Nabi Muhammad SAW mengahwinkah anak perempuan Baginda iaitu Fatimah RA kepada Ali bin Abu Talib RA. Ali tak mempunyai wang yang banyak tapi Rasulullah SAW memilih Ali untuk anak perempuan Baginda kerana dia berakhlak baik dan kuat dalam agamanya.



Firman Allah SWT;

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (QS An-Nuur 24:32)

2. Tanda-tanda 'berbahaya'.

Beberapa tanda-tanda yang anda perlu elakkan dari segi agama ialah:
-Tanda-tanda dia pernah berzina
-Tinggal solat
-Tak berpuasa di bulan Ramadhan
-Minum arak
-Tanda-tanda salahguna dadah
-Tanda-tanda dosa-dosa besar yang lain
-Syirik (fahami cara dia berfikir dan fahaman dia dalam hal ini)



Elakkan calon yang pernah menunjukkan tanda-tanda 'berbahaya' seperti yang diatas kerana ini adalah hal-hal yang penting dalam agama, dan boleh memberi impak yang besar pada iman dalam hati dan perkahwinan itu sendiri.

3. Ikuti contoh terbaik.

Untungnya kita sebagai umat Islam kerana kita ada contoh yang baik untuk diikuti dari orang-orang soleh yang hidup sebelum kita. Baca tentang mereka dan ikutilah contoh mereka - bagaimana mereka berkahwin, apa ciri-ciri yang mereka uatmakan, dan apa sifat-sifat terpuji dalam mencari pasangan yang baik. Mereka dulu juga ada hati, perasaan, emosi, keperluan dan personaliti maisng-masing seperti kita juga, tapi apakah perkara yang mereka pernah lalui untuk menjalani hidup yang berjaya akhirnya? Cuba cari jawapannya sendiri dan amalkan dalam hidup anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,077 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen