Lima Perkara Yang Wanita Biasa Lakukan Tetapi Tidak Disukai Lelaki.

 

Kelakuan yang sopan dan penuh budi bicara itu sememangnya idaman bagi kaum lelaki. Tetapi bukan semua orang mampu peroleh sebegitu. Pasti sedikit sebanyak seorang wanita itu mempunyai kekurangan. Sebagai seorang wanita, menjadi seorang yang paling disenangi oleh ramai orang itu agak sukar. Terutama jika kita memiliki ciri-ciri seperti di bawah ini.



1. Lawak bodoh.

Amat disenangi jika memiliki kekasih yang pandai membuat lawak yang betul-betul terkena sasarannya. Tapi ia akan kelihatan sangat menyampah apabila seseorang wanita itu tidak pandai membuat lawak dan hanya dia sahaja yang gelak manakala yang lain tidak. Ia seolah-olah hanya mampu menarik perhatian lelaki dan bukanya untuk melawak.

2. Drama queen.

Siapa sahaja yang senang mengenai drama queen. Baik lelaki atau perempuan pasti tidak akan berkenan dengan kelakuan drama queen ini. Bagi drama queen ini mereka mendapat perhatian tapi bagai pandangan seorang lelaki ia adalah merimaskan.

3. Masa yang lama untuk bersiap.

Lelaki paling tidak suka untuk menunggu. Jadi buat wanita-wanita yang lambat bersiap ketika hendak keluar bersama pasangan anda, jangan biarkan si dia menunggu anda. Ambil masa secepat mungkin untuk bersiap. Walaupun sebenarnya anda bersiap untuk kelihatan cantik buat pasangan anda.

4. Suka bergosip.

Wanita mana yang tidak suka bergosip bukan, tapi jika bergosip secara berlebihan ini biasanya akan memberi pandangan negatif dari lelaki. Yelah, kalau 24 jam asyik bercerita mengenai orang mahu tidak rimas lelaki itu.

5. Terlalu banyak complain.

Ketika keluar bersama pasangan, lelaki lebih sahaja kepada menurut apa kata pasangannya. Tetapi bagi wanita setiap tempat yang mereka tuju itu pasti akan diberi pandangan peribadi. Walaupun ia nampak perkara yang remah, tetapi bagi lelaki ia menjengkelkan.

Jika anda memperoleh pasangan sebegini, jangan pula anda tinggalkan dia. Tetapi pujuk dan bimbing lah ia untuk menuju satu perubahan yang baik. Walaupun pada permulaannya agak sedikit susah tapi jangan mengalah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,275 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen