5 Tanda Ibu Mertua Mula Tidak Suka Pada Anda. Kepada Bakal Pengantin, Hati-Hati Dengan Ibu Mertua Begini!

 

Daripada zaman cerita P. Ramlee, watak ibu mertua memang sangat menakutkan. Malah menjadi mimpi ngeri terutama kepada wanita di luar sana. Apabila berkahwin dengan pasangan, kita seperti telah masuk di dalam ahli keluarga mereka juga dan tidak boleh membuat hal sendiri. Mengambil berat tentang ahli keluarga pasangan adalah harus.

Jadi, apakah tanda-tanda bakal ibu mertua atau yang sudah menjadi ibu mertua mula tidak menyukai anda? Jom baca!



1. Ibu mertua menyisih anda daripada family gathering.

Insan mana yang suka disisihkan walaupun mereka single. Lebih terkilan jika kita baru hendak mengenali keluarga mertua, tetapi disisihkan pula. Dari sini lah, anda mencuba untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara anda dengan keluarga pasangan. Tetapi apabila anda cuba untuk memulakan perbicaraan, ada sahaja kata anda di potong oleh ibu mertua.

2. Ibu mertua tidak suka keturunan keluarga anda.

Dengan jelingan mata, sudah tahu bahawa ibu mertua tidak suka dengan keturunan keluarga kita. Bukan sahaja tidak suka, malah gemar menghina depan-depan anda. Katanya, lebih elok jika anda tahu bahawa dia tidak menyukai keluarga dan saudara mara anda. Malah, ibu mertua juga seperti tidak gemar dengan cara keluarga anda melayan anak-anak atau cucu. Tidak mengikut tradisi keluarganya, katanya.

3. Ibu mertua tidak puas hati dengan kejayaan anda.

Sebelum berkahwin seperti bermanis muka. “Oh, okay la ada degree, lepas ni mesti dapat kerja bagus kan?”. Anda seperti dapat meyakinkan ibu mertua bahawa anda akan mendapat kerja yang bagus untuk menyara keluarga. Tetapi di sebabkan ekonomi zaman sekarang, anda susah untuk dinaikkan pangkat malah dengan kerja part time pun tidak dapat meyakinkan mereka.



4. Ibu mertua merendahkan diri anda.

Isu yang agak kontroversi.

Situasi 1: Bagi lelaki yang tidak dapat kerja yang bagus untuk menyara anak perempuan kesayangan mereka, ibu mertua akan membandingkan anda dengan anak-anak mereka yang lain.

Situasi 2: Wanita yang tidak dapat melahirkan anak, ibu mertua akan menyuruh pasangan anda untuk berkahwin lain.

5. Ibu mertua gemar menceritakan bekas kekasih hati pasangan anda.

Apabila anda bukan lah calon menantu yang mereka suka, sudah tentu ibu mertua gemar membandingkan anda dengan bekas kekasih pasangan. Ibu mertua seperti tidak berpuas hati, mengapa anak mereka memilih anda daripada bekas kekasih.

Namun sedemikian, kita harus berusaha dan bertawakal pada Allah supaya di kurniakan ibu mertua yang menyayangi kita. Jagalah mereka seperti mana kita menjaga ibu bapa kita. Kelak mereka akan mula menyayangi kita juga.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,508 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen