5 Jenis Wanita Single. Anda Dalam Golongan Yang Mana?

 

Kini, wanita zaman sekarang seperti tidak kisah pergi ke mana-mana keseorangan tanpa teman. Bagi mereka, jika berdampingan dengan orang ramai akan membuatkan diri mereka lemas dan tiada arah tuju. Tetapi ada juga yang tidak selesa apabila terlalu keseorangan, seorang sahabat sudah cukup memadai.



Jadi, anda dalam kategori Single yang mana ya? Jom baca!

1. Berdikari.

Anda mempunyai pekerjaan yang stabil lebih daripada 3 tahun, harta, kereta dan mampu untuk melancong menggunakan duit sendiri. Anda sentiasa dengan frasa “Saya tidak memerlukan lelaki di dalam hidup” kerana anda begitu yakin dapat menjaga diri sendiri pada masa sekarang dan masa hadapan.

2. Inginkan keseronokan.

Wanita jenis ini, usai sahaja bekerja pasti ada tempat yang ingin mereka kunjungi. Mereka seperti tidak boleh duduk di rumah sahaja tanpa membuat apa-apa. Keluar bersama rakan-rakan, makan malam bersama mereka dan sentiasa inginkan keseronokan di dalam hidup.

Setelah berseronok hingga ke lewat malam, hanya tidur untuk beberapa jam dan kembali bekerja. Mereka gemar bersosial dan tidak gemar pada komitmen.



3. Cerewet.

Mereka cerewet dalam setiap hal. Restoran, rakan-rakan, tidak suka tempat yang tidak bersih kerana mereka seperti terlalu sempurna. Perfectionist!. Kadang kala wanita seperti ini terlalu berhati-hati dengan percakapan dan pergerakan mereka. Jaga-jaga, mereka juga sangat cerewet jika ingin memilih pasangan hidupnya.

4. Happy go lucky!

Wanita happy go lucky berbeza dengan wanita yang sentiasa inginkan keseronokan, kerana wanita happy go lucky sangat positif tetapi sebahagian daripada mereka tidak bersosial. Wanita yang ingin seronok pula adalah wanita yang bersosial tidak kira bersama lelaki mahupun perempuan.

Wanita happy go lucky seperti tiada masalah, dan mereka lah selalu memberi motivasi pada orang lain walaupun ketika bersedih. Tetapi apabila berpasangan, mereka sentiasa malang kerana lelaki gemar mengambil kesempatan ke atas mereka.

5. Tomboy.

Mereka berdikari tetapi mereka kasar. Penampilan seperti lelaki tetapi masih ingin berambut panjang. Hanya lelaki yang bertuah dapat melentur kekasaran mereka sehingga menjadi wanita lemah lembut, malah sopan dan santun katanya.

Anda juga boleh baca artikel ini Jika Anda Masih Single, Apakah Kategori Cinta Yang Anda Lalui Sekarang? dan Mereka Yang Single Sahaja Dapat Memahami 5 Situasi Ini.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,027 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen