5 Sebab Mengapa Wanita Yang Baik Sering Ditinggalkan.

 

Sudah tentu di dalam dunia ini, terdapat golongan-golongan insan yang baik. Wanita yang baik adalah seorang yang sangat positif dan berhati-hati untuk berkata-kata. Malah, perwatakannya yang lemah lembut membuatkan ramai lelaki mengundur diri kerana merasa tidak layak untuk berdamping dengan mereka.

Jadi, apakah sebab wanita yang baik sering ditinggalkan? Jom baca!

1. Terdesak.

Apabila seorang lelaki mengajak wanita untuk menjalinkan hubungan, mereka seperti tidak meletakkan harapan yang tinggi pada mulanya kerana khuatir bukan jodoh. Namun, lain pula bagi wanita baik kerana mereka telah pun mengharap kepada si lelaki ini dan seperti telah memilikinya dengan mutlak. Lalu, mereka seperti mendesak dan suka merengek jika panggilan tidak di angkat, lambat membalas sms dan segala hal remeh.



2. Tidak menjual mahal.

Apabila wanita baik ini seperti mendesak tetapi bagi mereka, perbuatan ini hanya lah kerana mereka terlalu mengambil berat, lelaki menganggap anda sebagai wanita yang senang di dapati. Tidak menjual mahal. Lelaki kadang kala tidak gemar pada wanita yang senang di kejar, mereka juga mahu mengejar.



3. Sentiasa ada di mana sahaja lelaki itu berada.

Wanita yang baik sering ingin berada di mana sahaja pasangannya berada. Mereka tidak gemar melihat pasangan menjadi tertekan, sakit, banyak masalah atau memerlukan segala pertolongan. Bagi mereka, tidak baik jika meninggalkan pasangan terkontang kanting, padahal lelaki itu tidak suka mengharapkan pertolongan daripada wanita kerana tidak suka menyusahkan mereka. Lelaki lebih suka meminta tolong daripada sahabat atau pun adik beradik.



4. Suka berleter.

Ingat! Jika anda hanya lah teman wanita kepada si dia, kurangkan berleter atau membebel. Si lelaki akan menerima leteran dengan hati terbuka daripada ibu nya sahaja. Perbalahan sering terjadi apabila teman wanita membebel dan lelaki akan mengungkapkan “Awak ni girlfriend saya je tau, jangan nak membebel banyak sangat?”. Kurang kan, bukan tiada langsung tetapi kurangkan berleter.



5. Tidak tegas atau tidak tetap pendirian.

Ye, wanita ini lemah lembut dan sopan santun. Anda seperti lemah dan redha sahaja dengan setiap apa yang berlaku. Tidak suka membalas dendam pada orang yang telah memijak anda. Kadang kala wanita perlu tegas dan ada pendirian dengan sesuatu perkara untuk meyakinkan lelaki bahawa wanita ini mampu menjaga nya suatu hari nanti.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,541 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen