5 Kata-Kata Pujian Atau Sokongan Yang Lelaki Inginkan Daripada Wanita Kesayangan.

 

Bukan wanita sahaja yang menagihkan kata-kata pujian daripada pasangan tercintanya, malah lelaki juga ingin dimanja dengan kata-kata pujian daripada kekasih hati. Jika wanita suka berleter dan membebel tiada arah tuju sehingga boleh menimbulkan pergaduhan, anda boleh mencuba dengan kaedah memuji atau memberi kata-kata positif kepada pasangan, jom baca!

1. “Saya akan sentiasa menyokong sayang!”

Sentiasa bermanis wajah pada pasangan, memanggil dengan panggilan sayang dan memberi kata-kata positif pada mereka. Sudah tentu sejuk hati pasangan menerima kata-kata sokongan daripada anda kan? Kita sering melihat, sudah la dengan tidak menjaga penampilan, sentiasa berleter, bermasam muka pula, bagaimana pasangan kita tidak selalu tertekan?



2. “Terima kasih sayang sebab tolong saya kemas rumah”

Sentiasa ucapkan terima kasih setelah pasangan anda menolong dalam apa jua keadaan dan situasi. Kata-kata terima kasih juga mampu membuat lelaki rasa di hargai. Ini menunjukkan, wanita nampak dan sedar akan usaha lelaki itu untuk menolong anda. Lelaki akan terbeban jika pasangannya ‘buat dek’ dengan mereka.

3. “Saya hormat segala pendapat abang”

Walaupun anda, wanita di luar sana, lebih bekerjaya daripada pasangan, pendapatan lebih besar, umur lebih tua daripada pasangan, JANGAN sesekali memandang rendah pada lelaki. Sentiasa menghormati mereka, lebih-lebih lagi jika anda berdua sudah berumah tangga!



4. “Hari ni sayang sihat? Kerja macam mana?”

Walaupun lelaki ini sentiasa tidak mahu bercakap tentang kerja dan sering bersendirian, anda pula jangan pula tidak berkomunikasi langsung dengan pasangan. Pastikan anda memulakan perbualan dengan ringkas. “Abang okay?” Jika si dia hanya mengangguk tanpa berkomunikasi, jangan pula anda memaksa mereka untuk bercerita. Tunggu sehingga mereka bertenang, okay?

5. “Hai, handsome!”

Jarang wanita ingin memuji pasangan mereka dengan kata-kata begini. Pasangan anda tidak lah sekacak Fattah Amin atau Zul Ariffin, tetapi kata-kata pujian seperti ini akan menambahkan lagi semangat pasangan anda. Sudah tentu bagi pandangan mata anda, mereka lah lelaki yang paling kacak telah menawan hati anda bukan. Jika tidak, bagaimana anda boleh terpikat pada si dia? Cukup sedap mata memandang.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 305,966 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen